Tiru macam Turki

| | 0 comments


Syabas dan tahniah diucapkan kepada kerajaan Turki pimpinan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan yang hari ini dipetik sebagai berkata, negaranya menutup ruang angkasa kepada pesawat tertentu Israel berikutan serangan maut rejim itu terhadap flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza. Menurut agensi berita Anatolia, pemimpin itu memberitahu pemberita di Toronto bahawa Turki menguatkuasakan larangan tersebut selepas Israel menyerang sebuah daripada flotila yang mengikuti misi kemanusiaan antarabangsa pada 31 Mei lalu.

Perdana Menteri itu yang kini berada di Kanada bagi menghadiri sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20), bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut. Semalam, akhbar Israel Yediot Ahronot melaporkan, Turki tidak membenarkan sebuah pesawat bersama pegawai tentera rejim itu yang menuju tapak peringatan di Auschwitz, Poland daripada melalui ruang angkasanya.

Akhbar itu menyebut, pesawat berkenaan yang membawa lebih 100 pegawai bertugas bertauliah dan tidak bertauliah, terpaksa melencongkan penerbangan mereka.Menurut akhbar itu, pihak tentera Israel tidak mengeluarkan sebarang reaksi berhubung kejadian tersebut kerana tidak mahu memburukkan lagi perselisihan yang berlaku.

Turki yang sebelum ini mempunyai hubungan rapat dengan Israel turut memanggil pulang dutanya di Israel selain membatalkan latihan ketenteraan dengan negara berkenaan.
Inilah tindakan yang sebenarnya. Bukan hanya sekadar mengutuk yang tidak member apa-apa kesan terhadap Israel. Itulah yang menyebabkan Israel semakin sombong dan bongkak. Tetapi jika semua Negara OIC khususnya Negara-negara Arab mengambil tindakan yang sama terhadap Israel nescaya ia cukup member kesan. Semua duta Negara-negara yang diiktiraf hendaklah dipanggil balik dan semua pakat menutup ruang udara dari diguna oleh Israel. Tetapi berapa kerat yang berani. Kebanyakannya sudah ditambat muncung masing-masing oleh Amerika dan Israel untuk menyokong apa-apa saje resolusi yang menguntungkan Israel dan membantah segala usaha yang akan menyusahkan Israel.

Yang pelik, semua Negara sempadan adalah Negara Arab tetapi merekalah juga yang berkompromi untuk memberi tekanan dan sekatan terhadap Hamas dan Gaza. Termasuk juga Mahmoud Abbas sendiri tidak bersetuju ditarik balik sekatan terhadap Gaza dengan alasan rakyat Palestine di Gaza tidak member sokongan kepada PLO tetapi menyokong Hamas. Inilah feel perangai golongan nasionalis. Merekalah menjadi musuh kepada pejuang Islam di bumi mereka sendiri.

Sama juga dengan para nasionalis di Malaysia ini. Cadangan supaya menghentikan lantikan penasihat syarikat Yahudi APCO yang membuat bayaran sebanyak 77juta dari duit pembayar cukai, tidak dipedulikan. Desakan supaya tidak membenarkan kapal-kapal yahudi berlabuh di perairan dan pelabuhan Malaysia tidak dipedulikan juga apatah lagi agar larangan terhadap semua barangan dan perdagangan dengan Yahudi diberhentikan, pun tidak diambil kisah oleh pemerintah di Malaysia.

Read More !

Politik UFO, amalan Najib

| | 0 comments

Berapa kali kita rakyat Malaysia hendak diheret oleh PM ke lubang biawak. Kalau dah spesis UMNO tu memang satu acuan. Politik ugut, menabur janji, slogan dan terakhir merayu-rayu kepada rakyat untuk menyokong dan mengekalkan kuasa UMNO-BN. Najib terpaksa melakukan semua ini setelah dilihat beberapa tindakannya seperti isu APCO, Isu Judi bola, Politik rasis, Krisis Umno dan Komponen BN telah gagal memberi kepercayaan dan keyakinan kepada rakyat Malaysia akan kepimpinan beliau setelah mengambil alih dari Tun Abdullah Badawi.


Ini mendorong beliau meneruskan menabur gula-gula dan merayu-rayu agar rakyat memberi kepercayaan kepada beliau. Apatah lagi dilihat mood rakyat berterusan untuk menghantar PR ke Putrajaya.
Apakah rakyat akan terpedaya? Adakah benar 72% rakyat mula mempercayai dan yakin kepada Najib. Untuk mengumumkan pilihanraya, nampaknya beliau ingin menarik rakyat sebanyak mungkin bersama beliau.


Tajuk berita: PM bawa negara ke arah cemerlang

Kali ini Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru semua rakyat Malaysia bersama-sama beliau untuk mencapai sesuatu yang luar biasa dalam menjadikan dan membawa negara ke arah yang lebih baik. Perdana Menteri berkata beliau mahukan semua rakyat Malaysia merasakan sebagai satu keluarga 1Malaysia dengan memberikan sokongan mereka untuk negara mencapai hasrat yang lebih tinggi.
"Saya memegang kepimpinan untuk menunjukkan bahawa saya serius, komited dan dedikasi. Saya boleh beri jaminan kepada anda, sebagai Perdana Menteri anda, saya akan lakukan yang terbaik untuk mengubah Malaysia. "Tentulah perjalanan ini, saya tidak boleh lakukan seorang diri, saya perlukan rakan saya dalam kerajaan, semua kita dalam sektor awam dan swasta. Saya perlukan setiap rakyat Malaysia, di mana anda berada bersama saya untuk mencapai sesuatu yang luar biasa. Ini semua mengenai hasil pencapaian," katanya
Beliau berkata, kerja keras adalah baik kerana beliau digalakkan untuk melakukan yang terbaik, sebagai sebuah kerajaan mestilah berbuat terbaik bagi rakyat.


Fuhh.. kalu kita dengar rayuan, harapan, janji-janji yang dihamburkan oleh PM kita, mesti tangkap leleh punya… jadi layu dan dengan senang hati kita beri sekali lagi kepada UMNO-BN dalam PRU-13 nanti. Itulah cara politik buaya tembaga. APCO pun tau dan buat kajian tentang budaya dan cara politik orang melayu. Semua janji hebat. Semuanya luar-biasa. Seolah-olah Najib sebagai Superman, Ultraman dan Batman. Inilah dikatakan politik UFO. Politik khayalan UMNO-BN yang tak terpijak dibumi nyata.


Sejak zaman Mahathir dengan wawasan Negara majunya pada tahun 2020 sedangkan tahun 2019 nak bangkrap!. Dasar pandang ke timur tetapi rasuah mengalahkan Zimbabwe. Slogan Bersih, Cekap, Amanah. Licin disapunya untuk kroni dan penjilat UMNO. Akhir rakyat yang menanggung semuanya. Yang billionaire anaknya dan taukey judi jugak.

Mari zaman Pak Lah. Ingatkan anak ulama banyak yang berubah. Tapi tak jugak berubah. Dengar cakap hebat. “Mari bekerja dengan saya. Bukan ku cari wang berjuta, nak cari al-Ghazali.” Akhir menantu jugak yang sapu. Islam hadhari pah kemana, Kamaluddin jugak yang kaya raya. Pak lah jugak berlenggang bersama Jeane. Entah kemana Malaysia yang cemerlang, gemilang & terbilang. Yang jelas semua itu… temberang aje.

Kini Najib menjanjikan Negara berpendapatan tinggi, Negara Malaysia yang luar biasa. Kini merayu-rayu supaya rakyat menyokong beliau sedangkan tahik terburai-burai dengan rasuah berjela-jela yang belum dibersihkan. Apakah rakyat akan tergoda?

Ingat ketika di Terengganu, Politik UFO, iaitu politik menunjukkan yang luarbiasa ini sudah dibawa oleh Idris Jusoh dengan pelbagai kata wangi, janji yang berbunga-bunga untuk rakyat di Terengganu. Slogan “memahat sejarah, membina tamaddun”. “Tiada halangan melainkan peluang”. “Pembangunan yang tak pernah dilihat mata”. “Melahirkan generasi ulul-albab” “Berpuluh ribu peluang pekerjaan” dan beribu macam slogan. Akhirnya hilang begitu sahaja. Macam UFO… hanya fatamorgana sahaja. Nampak kabus tetapi hilang begitu jua. Janji berkepul-kepul, masuk angin keluar asap. Yang lesap 7billion duit royalti naik piring terbang hilang di celah langit. Rakyat terpinga-pinga dan yang rakyat dapat ’Darul Runtuh’. Terlopong jua. Kini Mat Said sama juga dengan janji dan slogan “merakyatkan pembangunan”. Rakyat nak percaya lagi ke? Semua ini UMNO-BN. Satu spesis. Orang Terengganu cakap geng James-Bong. (Geng Lebong).


Permaslahannya orang melayu ini sebagaimana kata Mahathir … “Mudah Lupa”. Lepas enam bulan mereka akan cepat lupa dan setelah dipujuk rayu mereka akan memaafkan. Dah lebih separuh abad UMNO-BN memerintah. Mereka masih lagi member kepercayaan. Sekarang barulah ada kesedaran rakyat dan kini rakyat boleh membuat perbandingan anatara negeri pemerintahan PR berbanding negeri yang diperintah oleh UMNO-BN. Itu belum tahulah daya tahan rakyat dan pengundi negeri PR yang diserang bertalu-talu oleh media-massa. Sejauh mana pula gerak-kerja penerangan dan penjelasan turun sampai ke akar umbi untuk menyampaikan perubahan dan kelebihan PR memerintah dan dalam masa yang sama menangkis propaganda UMNO-BN.

Read More !

Lebai Malang, UMNO Baham

| | 0 comments

Kalau dulu dikisahkan tentang lebai malang. Di jemput di dua tempat berbeza tetapi akibat tidak tahu mana dahulu hendak dituju akhirnya ia memilih ke hulu. Ia berkayuh sedang air surut. Ia mencanggahi air menyebabkan ia lewat tiba. Apabila sampai ditempat kenduri, majlis sudah selesai dan makanan sudah habis. Ia berkayuh pula ke hilir. Air mula pasang dan ia sekali lagi berkayuh mencanggahi air pasang. Ia letih dan lewat tiba dan apabila sampai ditempat kenduri majlis juga sudah selesai dan makanan pula sudah habis. Letih dapat makanan tak merasa. Itu dinamakan lebai malang.

Hari ini ketika UMNO-BN memerintah, lagi malang lagi berpeluang. Seorang kontraktor yang mendapat projek lalu projek tersebut gagal, ia di bail-out oleh kerajaan nescaya dia mendapat keuntungan. Puak UMNO-BN mendapat projek membina sesuatu bangunan lalu runtuh, ia tidak didenda bahkan diberi projek membaik-pulih dengan dibayar lagi kali kedua. Seorang kontraktor membina projek stadium di Terengganu, stadium runtuh dia dapat lagi projek membina istana Negara. Dapat projek membina empangan Bakun, projek gagal tetapi mereka dapat pampasan bak durian runtuh. Nampak malang tetapi memperolehi peluang. Bukan lebai malang tetapi UMNO baham rakyat yang malang. Lihat dibawah ini dah berapa billion rakyat rugi angkara UMNO-BN

1.Bailout Bank Bumiputera sebanyak 4 kali - RM10.4 billion.
2.Kerugian Perwaja Steel - RM10 billion.
3.Bailout Indah Water Konsortium (IWK) - RM200 juta.
4.Bailout Konsortium Perkapalan Berhad - RM1.7 billion.
5.Hicom (Proton) kerugian sehingga Kerajaan terpaksa menggunakan duit Petronas untuk membeli saham Proton -RM1 billion.
6.Membeli semula saham MAS daripada Tajuddin Ramli dengan harga RM1 billion lebih dari harga pasaran.
7.Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku - RM3.3 billion.
8.Bailout LRT PUTRA dan STAR - RM6 billion.
9.Bailout Renong/UEM - RM12 billion.
10.Pampasan pembatalan Projek Empangan Bakun - RM950 juta.
11.Hutang tertunggak InventQjaya - RM228 juta
12.Pampasan Jambatan Bengkok - RM257 juta
13.Pampasan pembatalan Broga Incinerator - RM500 juta
14.Kerugian membeli saham Agusta - RM510 juta
15.Skandal Port Klang Free Zone - RM4.6 bilion
16.Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) - RM6.75 bilion

Sekarang timbul balik isu jambatan bengkok. Pembinaan pakej jambatan bengkok dan jambatan kereta api sebanyak RM1.113 bilion. Projek diluluskan dizaman Mahathir itu untuk menggantikan tambak Johor bagi menghubungkan Singapura dengan pembinaan jambatan yang tingginya 24 meter dari paras air. Projek Gerbang Selatan Bersepadu itu mendapat tarikh milik tapak bagi kedua-dua pakej ialah pada 1 Januari 2003, tetapi atas keputusan kerajaan, kontrak bagi Jambatan Bengkok ditamatkan pada 12 April 2006. Sebuah syarikat bernama Gerbang Perdana Sdn Bhd (GPSB) telah diberikan projek tersebut. GPSB dilaporkan mengemukakan tuntutan berjumlah RM350 juta kepada JKR berikutan keputusan kerajaan untuk membatalkan projek "jambatan bengkok" itu April tahun lalu. dibayar pampasan RM257.4 juta berikutan tuntutannya terhadap pembatalan projek pembinaan jambatan separuh bagi menggantikan Tambak Johor dalam kawasan Malaysia.

Hasilnya lebih daripada RM1 billion telah dibazirkan yang dibelanjakan untuk membina kemudahan kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, kerja-kerja membina stesen keretapi baru dan kerja-kerja awal untuk bina jalan menghubung kompleks KIK dan jambatan serta bayaran pampasan kepada kontraktor disebabkan pembatalan projek-projek berkenaan. Kompleks KIK kini menjadi gajah putih, terbiar tetapi terpaksa di selenggarakan dengan memakan belanja beratus ribu Ringgit sebulan.

Kini timbul desakan dari Johor agar jambatan itu dibina kembali selepas daripada ketiadaan Tun Abdullah Badawi yang membatalkan projek tersebut dan PM sekarang iaitu Najib Tun Razak mula untuk mempertimbangkan semula apatah kini Dr Mahathir mula memainkan peranannya semula dalam kerajaan. Berapakah pula kos yang akan dikeluarkan semula untuk membina kembali jambatan ini jika diluluskan semula.

Inilah sikap gluk-glik pemimpin UMNO-BN. Yang malang adalah rakyat tetapi syarikat para kroni sentiasa mengaut keuntungan hasil dari kebodohan pimpinan UMNO yang membuat keputusan berdasarkan kuasa yang mereka ada. Yang rugi bukan mereka tetapi rakyat. Rakyat menjadi lebai malang tetapi UMNO-BN tetap mengomol peluang.
Diharapkan jadilah rakyat melayu dimalangkan oleh UMNO-BN. Sedarlah, janganlah Pak Lebai diperbodohkan oleh pimpinan UMNO lagi

Read More !

Ops Jerat dah Makan Tuan!

| | 1 comments

Kecoh media dan pimpinan UMNO-BN dengan usaha memasukkan ulama secara beramai-ramai bersama dengan perjuangan UMNO. Ia menjadi isu apabila dikaitkan bahawa Dr Asri yang juga bekas mufti Perlis yang sentiasa kontroversi itu turut akan bersama-sama menyeberang kepada parti UMNO.. Ia silih berganti dengan suasana panas berkait dengan isu wahabi, JI dengan pertembungan terbuka dikalangan agamawan di media antara Dr Asri dan Ustaz Zamihan. Bahkan turut terpalit Tuan Guru Presiden dengan isu keganasan. Tetapi apabila Dr Asri menafikan untuk masuk UMNO-BN, ia agak mengecewakan pihak UMNO.

Hasrat UMNO itu untuk membuktikan adalah ulama yang ingin bersekongkol dengan mereka tidak kesampaian. Dikatakan hanya 39 orang sahaja yang menyerahkan borang untuk bersama UMNO dan yang hadir dalam majlis penyerahan tersebut hanya 16 orang sahaja. Itupun anak-anak muda yang masih mentah dengan dunia politik. Mungkin anak-anak muda Kelab UMNO dari Mesir ataupun Jordan. Yang masih tinggi serta berkobar-kobar semangat untuk berdakwah. Tetapi apabila maklumat yang diperolehi bahawa kemasukan ustaz muda itu diketuai oleh menantu Shahidan Kassim, penulis hanya mampu tersenggih sahajalah. Apatah lagi salah seorang daripada dua anak kepada bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahaya Hussin yang merupakan bekas mufti sebelum Dr Asri.
Anak Datuk Mat Jahaya iaitu Fathul Bari dan Mohd. Khairi mengumumkan kemasukan mereka dalam UMNO. Sedangkan sebelum ini Fathul bari pernah ditahan di Negeri Sembilan kerana mengajar tanpa tauliah. Masih lagi berlegar dengan isu wahabi. Apakah dengan cara masuk UMNO-BN ini akan memberi kebebasan kepada Fathul Bari menyebarkan doktrinnya? Tidakkah sekarang ini akan timbul masalah dalaman didalam UMNO-BN apabila dikatakan UMNO diresapi fahaman Wahabi. Tidakkah ini akan mengaitkan UMNO-BN sebagai paksi keganasan? Tidakkah nanti golongan ahli sunnah wal jamaah, golongan pendokong asya’irah, orang yang mendapat pengajian dari pondok-pondok akan menentang UMNO-BN? Kerana UMNO-BN menjadi tempat golongan wahabi berkembang biak? Usaha selama ini untuk melabelkan Pas sebagai Wahabi akan gagal? Usaha untuk membangkitkan penentangan orang pondok kepada Pas akan gagal? Sebab sentiasa diungkitkan bahawa Pas wahabi. Tok Guru Nik Aziz wahabi! Tok Guru Haji Hadi Wahabi. Kena sokong UMNO-BN agar kita boleh menghapuskan wahabi di Malaysia. Last-last pendokong wahabi disebalik Shahidan Kassim pulak masuk UMNO-BN. Nampaknya jerat telah makan tuan. Perancangan untuk mengalihkan pendokong pondok di Kelantan, Kedah dan Terengganu supaya tidak menyokong Pas nampaknya akan gagal.

Sebab itulah dalam melihat perjalanan politik tanah-air, UMNO-BN cukup bijak mengalihkan isu-isu yang membebankan mereka, apatah lagi ketika mereka ingin menggarap mood kearah hampirnya pilihanraya. Cuma kadang-kadang tersadung juga. Hakikatnya sebenarnya adalah cubaan mereka untuk mengalih isu besar yang melanda UMNO-BN khususnya isu APCO dan Judi Bola yang meletakkan UMNO-BN terperosok dari segi politiknya. Itulah kenyataan PM yang telah menanguhkan lesen judi bola kerana desakan agama dan maslahah politik. Tindakan ini memalukan UMNO-BN dan menggambarkan betapa jahilnya pemimpin mereka dengan agama. Sehingga terbelakang berbanding dengan pemimpin DAP dan bukan Islam lain. UMNO perlu memulihkan imej mereka khususnya dengan suasana pilihanraya ke-13 yang semakin hampir. Apatah lagi gelombang dan mood rakyat untuk memartabatkan PR ke Putrajaya semakin mendesak. UMNO-BN hari ini cukup tertekan dan terdesak sehingga cuba mencari alternatif untuk mengekalkan sokongan dan kuasa khususnya dikalangan orang melayu dan Islam. Usaha untuk menonjolkan imej Islam ini sudah lama. Mereka cuba mewar-warkan sokongan ulama kepada mereka untuk meraih sokongan masyarakat awam tetapi dengan sokongan hanya beberapa kerat ustaz muda ini tidak memberi apa-apa keuntungan kepada UMNO-BN. apatah lagi jika mengetahui latarbelakang cerita disebalik kemasukan ustaz muda itu.

Ini bukan perkara baru kerana semenjak penulis berada di bumi Mesir lagi akhir 80-an, sudah wujud kelab UMNO yang mendapat tajaan kerajaan dengan biasiswa serta sekali sekala dengan tiket penerbangan untuk lawatan dan pulang ke Malaysia untuk menghadiri mesyuarat ataupun ke perhimpunan agung UMNO setahun sekali. Pelbagai kemudahan oleh pihak kerajaan kepada ahli kelab meskipun semua mahasiswa di universiti dilarang berpolitik dengan pelbagai akta seperti AUKU dan sebagainya tetapi tidak di Timur Tengah. Politik pembangkang sahaja dilarang tetapi Kelab UMNO mendapat tajaan sepenuhnya. Itupun hanya beberapa kerat yang berkepentingan termasuk yang bermasalah dalam pendidikan ataupun terdiri dikalangan ibu-bapa yang kuat pendokong UMNO ditanahair.

Majoriti dikalangan pelajar yang memahami keilmuan Islam sudah pasti akan bersama dengan Pas dan kepimpinan ulamanya. Banyak siri debat dan hujah yang tidak bersedia dikalangan pelajar kelab UMNO yang tidak mampu atau bersedia untuk berhujah mempertahankan tindakan mereka bersama dengan UMNO kecuali hujah dan jawapan cari makan, nak hidup dan sebagainya. Apatah lagi kita sedia maklum bahawa ramai kalangan ulama terkenal dan ternama di Malaysia bersama dengan perjuangan Pas. Apatah lagi dengan wujudnya Dewan Ulama Pas yang membariskan ramai kepimpinan ulama berserta generasi ulama pelapis dikalangan ulama muda yang bergiat aktif di cawangan, kawasan maupun di negeri hatta diperingkat nasional. Ramai calon-calon yang dikemukan merupakan dikalangan besarnya merupakan tokoh-tokoh ulama. Mereka diberi ruang untuk berdakwah dan bekerja untuk Islam seluas-luasnya. Tidak timbul dikalangan penyokong Pas dan mereka yang aktif berkarier terhalang untuk menyampaikan amanah dan risalah Islam. Tidak seperti UMNO-BN yang penuh dengan pelbagai rintangan dan halangan, politik cantas mencatas dan akhirnya ulama berada dipelosok dan penjuru serta bertugas sekadar pembaca doa perasmian majlis sahaja. Apatah lagi kepmpinan dalam UMNO yang gagal menunjukkan contoh yang terbaik kearah pengamalan Islam. Munasabahlah dengan dasar secular dan kebangsaan yang menjadi teras perjuangan mereka.

Mereka yang ingin berjuang didalam UMNO kononnya untuk keluasan berdakwah sebenarnya salah. Bahkan penglibatan mereka dengan UMNO itu menimbulkan salah faham dikalangan masyarakat awam yang kontra dengan tindakan kebanyakan ulama ditanah-air sendiri. Mereka seolah-olanh penghalang dan pembantut sokongan orang-ramai kepada perjuangan Islam yang didokong oleh PAS. Sama seperti kemasukan Anwar Ibrahim dahulunya bersama UMNO bahkan Pas menjadi sibuk berhujah sesame sendiri daripada kerja sebenarnya. Sepatutnya apa yang terjadi kepada Anwar Ibrahim sudah cukup untuk member pengajaran agar cukuplah mencuci UMNO dari dalam sebagaimana yang pernah dikatan oleh Dato Fadhil Noor. Hendaklah mencuci tong taik dari luarnya sahaja. Bahkan kita lihat ramai lagi tokoh-tokoh ulama yang terkenal yang bersekongkol dengan UMNO-BN telah gagal melakukan sesuatu untuk berdakwah kepada UMNO-BN. Datuk Nakhaei, Datuk Masyitah, Dr Yusof Noor, Datuk Wan Mokhtar, Tan Sri Hamid Osman, Ustaz Firdaus dan yang terakhir Datuk Jamil Khir baharom yang menjadi Menteri Jabatan Perdana Menteri. Hakikatnya mereka sekadar terompah dan ‘kayu ngelong’ semata-mata untuk menghalang dan membantutkan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. Apatah lagi tugas ini ingin dibawa oleh 16 ustaz muda yang hingusan dalam politik ini. Tugas pertama mereka adalah berdakwah agar Datin Rosmah menutup aurat setelah semua ulama UMNO gagal untuk memastikan semua isteri-isteri PM pertama sehingga isteri DR Mahathir tidak menutup aurat.

Ingatlah juga apabila mereka terlibat dengan pemerintahan nescaya mereka tidak terlepas daripada bebanan fitnah. Ini sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah Saw:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ : عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ سَكَنَ الْبَادِيَةَ جَفَا وَمَنْ اتَّبَعَ الصَّيْدَ غَفَلَ وَمَنْ اتَّبَعَ السُّلْطَانَ افْتُتِنَ
Daripada Ibn Abbas r.a bahawa Rasulullah Saw bersabda: “ Barangsiapa tinggal dipadang pasir manjadi kasar, barangsiapa mengikuti buruan menjadi lupa dan barangsiapa mengikuti pemerintah akan difitnah

Ulama juga perlu mahir sepak teranjang politik ini kalau tidak akan menjadi mangsa dan tertipu. Lihatlah bagaimana kebijaksanaan Amr ibn al-`As dalam peristiwa majlis tahkim memperdayakan kelimuan Abu Musa al-`Asy’ari.

Malaysia sebagai sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi berpelembagaan yang memberi kebebasan untuk memilih dan mengikuti parti politik yang diinginkan. Tiada larangan undang-undang untuk ustaz muda itu memilih UMNO-BN tapi berhati-hati dan berjaga-jagalah. Rasulullah Saw melarang menjadi kambing yang berkeseorangan dibimbangi akan dibaham serigala. Tetapi 16 ulama muda ini lagi canggih. Mereka berazam untuk berdakwah. Teringat penulis dengan kisah anak kambing dengan serigala yang diceritakan orang dahulu kala. Semoga ustaz muda ini sukses menjadi kambing generasi baru yang masuk dalam pagar serigala untuk berdakwah agar jangan memakan kambing dan bertukar menjadi seperti kambing supaya memakan rumput sahaja. Mampukah sifat serigala UMNO yang haiwan maging itu ditukar menjadi haiwan maun? Diharap anak-anak kambing muda ini bertanyalah dahulu nasihat kambing-kambing tua seperti Hamid Osman, Nakhaei yang pernah berdakwah lebih dahulu daripada mereka tentang petua-petuanya. Semoga berjaya!

Read More !

Peneroka felda dah jadi 'flowerhornes'.

| | 2 comments

Bebudak bila tengok ikan flowerhornes dalam akuarium tentu seronok. Jadi bahan lawak. Tubuh kecik tetapi tu dia punya kepala. Bonjol dan besar. Tersengih bangga. Berenang dalam akurium bukan main ‘eks’ lagi. Tetapi yang baham duit adalah tokey akuarium. Ditaburnya bijik2 kecik sebagai makanan yang dibuat dari hampas sahaje. Berbangga sakan diumumkan sebagai ikan perhiasan terpilih, yang bolot hadiah tokey jugak.

Teringat kepada nasib si peneroka. Saling tak tumpah macam ikan flowerhornes nilah. Merekalah membanting tulang membangunkan tanah felda. Bukan percuma semua mereka bayar. Semua pengurusan, baja, anak pokok, jalan dalam ladang bahkan kakitangan felda serta pengurusan mendapat habuan hasil titik peluh peneroka. Sehingga ke hari pelbagai perancangan yang disusun sehingga peneroka terus menjadi mangsa kepada Felda. Tetapi kini kantung kekayaan Felda akan kering dan susut. Isu berhubung kemerosotan rizab tunai Felda yang menjunam daripada RM4.08 billion pada 2004 kepada hanya RM1.35 billion pada tahun lalu. Ini menunjukkan jumlah rizab tunai Felda susut sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun. Sedangkan isu yang melibatkan Felda dan peneroka tidak berselesaian.
Kini pelbagai pendedahan demi pendedahan akan terbongkar. Dengan gerak-kerja ANAK yang dipimpin oleh Mazlan Aliman serta semua pimpinan disemua peringkat di kalangan PR, nampaknya Felda macam cacing kepanasan. Tindakan yang terbaru adalah usaha untuk menyaman Suara Keadilan dan beberapa pimpinan diatas isu Felda bangkrap. Pihak pimpinan mengalu-alukan saman diambil untuk mereka mendedahkan lagi penyelewengan dami penyelewengan yang berlaku dalam Felda dan tindakan yang tidak sewajarnya terhadap para peneroka di Malaysia. Beranikah mereka. Secara langsung ia kan membuka mata peneroka maupun generasi anak peneroka yang akan menjejaskan sokongan terhadap UMNO-BN yang amat bergantung harap kepada kawasan Felda, Felcra sebagai penyumbang undi kepada pihak pemerintah.
Sebab itulah mereka tidak lagi member geran dan hak milik kepada peneroka. Tidak sebagaimana pemerintahan dizaman PAS dimana para peneroka diusahakan mendapat geran dan hak milik yang menyebabkan mereka bebas sepertimana di gugusan Felda di Air Putih, Jerangau dan Felda Ketengah Jaya . Tidak sebagaimana beberapa gugusan lain yang mereka masih lagi terikat dengan Felda maka berjalanlah politik ugut mengugut, memaksa serta memperalatkan para peneroka demi kekuasaan UMNO-BN.

Hari ini UMNO-BN macam tokey akuarium yang membolot harga, memperagakan ikan yang hanya diberi umpan yang sedikit tetapi mereka menghakis laba yang banyak. Tetapi para peneroka yang ditipu terasa bangga, sombong dan bermegah dengan UMNO-BN seolah-olah kawasan Felda macam undi pos buat UMNO-BN. Setiap kali datang pilihanraya, meningkat mendadaklah harga sawit. Sekali lagi UMNO-BN mendapat sokongan.

Hari ini akan terdedah dengan pelbagai isu yang melibatkan Felda. Ke mana menghilang Dr Yusof Noor yang setiap kali pilihanraya maka ia seolah-olah macam santa Claus mengusung guni kebendaan untuk memancing para peneroka. Dilakukan secara terang-terangan dan terbuka tanpa rasa malu dan segan. Diharapkan kini para peneroka sedar tentang pengkhianatan UMNO-BN terhadap Felda dan para peneroka maupun generasi kedua agar mereka lebih bermaklumat dan tidak lagi diperalat oleh pihak pemerintah dalam PRU-13 nanti

Read More !

Ada ke Pendakwah Bebas?

| | 1 comments

Setiap orang ada pegangannya sendiri. Ada kepercayaan serta agamanya. Ada mazhab dan ikutannya. Ada hujjah dan dalilnya. Mungkin dalam agama, golongan mulhid atau atheis yang mengaku tidak beragama dan mempercayai tuhan sebenarnya menganut fahaman satu agama dan bertuhankan kepada makluk yang bernama ‘Karl Marx’. Kerana menurut Islam, penyelewengan daripada ajaran yang dibawa oleh Allah Swt itu adalah symbol ketuhanan. Ini disabdakan oleh Rasulullah Saw ketika menegur Adi bin Hatim, seorang Kristian yang ingin memeluk Islam tentang salib yang dipakai didadanya dengan menyebut firman Allah:-

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ
Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah.



Berkata Adi bahawa orang Kristian tidak pernah menyembah Rahib dan Paderi mereka. Lalu Rasulullah Saw menunjukkan tentang salib yang dipakai yang bertentangan dengan arahan Allah Swt tetapi diikuti juga oleh penganut mereka
Ini bermaksudnya: mereka mematuhi ajaran-ajaran orang-orang alim dan rahib-rahib mereka dengan membabi buta, biarpun orang-orang alim dan rahib-rahib itu menyuruh membuat maksiat atau mengharamkan yang halal menunjukkan sebagai mengambil mereka sebagai tuhan selain daripada Allah.

Orang yang mendakwa bahawa dia tidak mengikut mazhab, sebenarnya ia juga mengikut pandangan dengan dalil dan hujjah yang berbeza dengan orang yang tidak bermazhab. Sudah tentu berlawanan dengan pandangan dan dalil mereka yang bermazhab. Mungkin mereka beranggapan bahawa dalil dan hujah yang dipegang mereka lebih kemas.

Begitu juga seorang Islam perlu bukan hanya sekadar beriman didalam hatinya tetapi seorang muslim diajar supaya berani menzahirkan dibibir mulut serta mempraktikkan pada amalan. Itulah ciri-ciri seorang yang beriman. Ini bermakna Islam tidak pernah mengajar untuk tidak menjelaskan diri mereka dalam penentuan sikap. Orang islam jelas dengan keimanannya dan orang kafir juga jelas dengan kekafirannya. Orang yang berpura-pura Islam dan kufur pada hakikatnya adalah munafiq kerana ingin mencari keuntungan diantara kedua belah pihak.

Pada hakikatnya seseorang Islam hendaklah menentukan sikapnya yang sebenar. Tidak sepatutnya bersembunyi-sembunyi dalam menentukan kebenaran. Contohnya dalam perihal perkara haram seorang Islam diajar apabila melihat kemungkaran hendaklah mengeurnya dentan tangan, kalau tak berupaya dengan lidahnya dan selemah-lemah iman adalah dengan hatinya. Dan sudah tiada iman walaupun sebesar biji sawi jika sekiranya tidak ditegah dengan hatinya. Bahkan seafdhal jihad adalah berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim.


عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Daripada Ibn Umar berkata bahawa Rasulullah Saw bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia tergolong dari kalangan mereka”



Hadis ini mengajar umat Islam supaya menzahirkan sikap apatah lagi dengan Islam dan kufur maupun halal atau haram. Apatah lagi dengan Islam. Tidak wajar kita membiarkan orang yang ingin menegakkan Islam tanpa ditolong dan dibantu atau kita sendiri bersama-sama dengan kebatilan dan berhujah menolong kebatilan. Allah Taala sendiri mengajar kita



وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. Surah al-Maidah :2


Sebab itu adakah wajar mereka yang mendakwa saya adalah penceramah bebas? Saya adalah pendakwah bebas. Saya DAP (daku atas pagar). Saya tak menyokong mana-mana!

Sebenarnya adakah wajar ucapan dan kata-kata sedemikian. Apakah sebenarnya maksud bebas itu? Atau hanya sekadar untuk dilabelkan mana-mana pihak tetapi berpihak. Tetapi hanya sekadar strategi untuk berdakwah? Tetapi takkan sampai mati tidak menzahirkan untuk menyokong mana-mana. Apatah lagi seorang yang alim, menasabahkan diambil sikap sebegitu? Apatah lagi rasulullah Saw bersada:
Jika orang alim membisu, yang jahil tetap jahil, maka bilakah akan zahirnya kebenaran?”

Ini memberi makna bahawa orang yang berilmu perlu menzahirkan sokongan mana yang benar dan mencegah manusia daripada menyokong kebatilan.

Apatah lagi dalam soal berjamaah dan bekerja untuk Islam. Tidak sewajarnya seseorang itu mengasingkan diri dari jamaah Islam. Atau kita masih ingin mendakwa bahawa kita berada dimarhalah sirri seperti tiga tahun terawal perjuangan Rasulullah Saw sedangkan semua ayat yang diturunkan Allah dalam al-Quran sudah sempurna.



وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan hendaklah kamu menjadi segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar merekalah orang-orang yang beruntung. Surah al-Maidah: 104



وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ


Orang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain. Menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah daripada kemunkaran, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mereka mentaati Allah dan Rasulnya. Mereka itulah orang yang dirahmati Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.


عن حُذَيْفَةَ بْنَ الْيَمَانِ يَقُولُ : كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْخَيْرِ وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنْ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ وَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَمْ وَفِيهِ دَخَنٌ قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ قُلْتُ فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ إِلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا فَقَالَ هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ قُلْتُ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ . حديث صحيح البخاري
Daripada Huzaifah bin al-Yaman berkata: Orang ramai bertanyakan Rasulullah Saw tentang kebaikan tetapi aku bertanyakan baginda tentang kecelakaan. Takut kena kepadaku. Aku berkata: Ya Rasulullah: Sesungguhnya kami dizaman jahiliah dan keburukan lalu Allah telah mendatangkan kebaikan ini (Islam dan Rasulullah Saw) maka adakah selepas kebaikan ini ada keburukan? Jawab Baginda: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah selepas keburukan itu ada kebaikan pula? Baginda menjawab : Ya, dan didalamnya penuh kecelaruan. Aku bertanya: Apa itu? Baginda bersabda: Puak yang mengajak manusia bukan dengan petunjukku. Kamu mengenali mereka dan kamu menentang mereka. Aku bertanya lagi: Adakah selepas itu kebaikan? Jawab Baginda : Ya, adanya pendakwah mengajak ke pintu neraka jahanam. Siapa yang mengikuti mereka akan masuk kedalamnya. Aku bertanya: Terangkan tentang mereka kepada kami. Baginda bersabda: warna kulit mereka sama dengan kita dan mereka bertutur dengan bahasa kita. Aku bertanya: Apa kami perlu buat jika kami sempat dizaman itu? Baginda bersabda: Wajib kamu bersama dengan jamaah Islam dan kepimpinan mereka. Aku bertanya: Jika tiada jamah Islam dan pemimpin? Sabda baginda: Beruzlahlah kamu daripada mereka meskipun terpaksa kamu memakan pohon-pohon kayu sehingga kamu mati dan kamu dalam keadaan sedemikian.

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ : أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الشَّيْطَانَ ذِئْبُ الْإِنْسَانِ كَذِئْبِ الْغَنَمِ يَأْخُذُ الشَّاةَ الْقَاصِيَةَ وَالنَّاحِيَةَ فَإِيَّاكُمْ
وَالشِّعَابَ وَعَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ وَالْعَامَّةِ وَالْمَسْجِدِ
مسند أحمد


Daripada Mu’az bin Jabal : Sesungguhnya Nabi Saw bersabda: Bahawa syaitan itu seperti serigala kepada manusia sepertimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang keseorangan dan terpencil. Maka jauhilah kamu berpecah-pecah dan wajiblah kamu bersama jamaah, orang ramai dan masjid.


Kalaulah orang seperti penyanyi rock seperti Amy search dan Renggo berani menyatakan sokongan. Entahlah iman pendakwah lebih lemah dari itu. Bimbang sangat ke rezki ditangan makhluk?. Inilah perlunya berjamaah. Jika adanya isu-isu tertentu, nescaya kita memerlukan sahabat atau teman serta jamaah untuk sesama memikul kerja dan bebanan dakwah yang berat ini agar ia dikongsi bersama. Janganlah waktu tersepit kita mengharapkan bantuan jamaah tetapi bila senang kita “Lone Ranger”.

Read More !

Kurap Umno Terengganu Berjangkit ke Selangor

| | 0 comments

Teka-teki perletakan jawatan Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, Datuk Mohamed Satim Diman sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang diselubungi rasa tidak puas hati berhubung agihan peruntukan RM1 juta yang diberikan kerajaan pusat kepada setiap ahli parlimen Barisan Nasional.
Mohamed Satim dikatakan ingin melepaskan kerusi beliau termasuk semua jawatan politiknya apabila gagal hadir pada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan badan perhubungan Umno negeri semalam. Mohamed Satim merupakan ADUN veteran di Selangor dengan memenangi empat pilihan raya negeri berturut-turut dan pada pilihan raya umum pada 2008,beliau mengalahkan calon PAS, Ahmad Idzam Ahmad dengan majoriti 45 undi.

"Kemelut ini ditambah lagi dengan rasa tidak puas di antara ADUN-ADUN Umno di Selangor yang merasakan mereka tidak mendapat keadilan dalam agihan peruntukan pembangunan. Peruntukan dipegang oleh Ketua Umno Bahagian, jadi mana-mana ADUN yang bukan Ketua Bahagian terpaksalah merayu meminta belas kasihan mereka. Kalau ADUN tak 'ngam' dengan Ketua Bahagian maknanya tak dapat atau lambatlah kelulusan peruntukan," jelas Abdulllah sani Abdul Hamid selaku Ahli Parlimen Kuala Langat. Beliau berkata Umno Selangor sememangnya bergolak akibat wujudnya dua kem yang diterajui oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Khir Toyo dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Noh Omar.

Bagaimanapun Dr Khir menafikan bahawa ADUN tersebut mempunyai niat sedemikian.

Inilah sebenarnya penyakit yang sama yang dihadapi oleh UMNO Terengganu, tinggal lagi UMNO-BN Terengganu masih ada lagi sisa-sisa kuasa di tangan mereka. Jika terjadi seperti Kedah dan Selangor yang mereka tidak lagi mempunyai kuasa dan lubuk kekayaan nescaya zahirlah sifat anjing dan serigala. Mereka akan bercakaran merebutkan sisa-sisa tulang yang ada. Kalau tidak mereka menyimpan kesumat yang membara di dalam dada mereka yang menunggu saat dan ketikanya sahaja untuk meletus. Kalau tiada politik Brutus dalam UMNO taklah dikatakan UMNO. Sebab itulah matlamat perjuangan didalam UMNO-BN. Politik nak cari makan!

Di Terengganu pertembungan anatara kem Idris Jusoh dan kem Mat Said terus membara. Masing-masing mengukuhkan kuasa dan cengkaman masing-masing diperingkat UMNO Bahagian. Mana-mana Adun yang tidak sekupu dengan mereka nescaya semua peruntukan tidak akan dikeluarkan dan Ketua bahagian akan lebih berkuasa dari ADUN sendiri. UMNO ni sebenarnya kalau mereka berbalah lebih teruk tetapi mereka cuba menyembunyikan demi survival politik masing-masing dan mereka mencari dahan mana yang mereka mampu berpaut, paling kurang dapat untuk sepenggal lagi dimasa depan.

Apabila mereka yang menganggotai UMNO-BN nescaya penyakit spesis ini sama sahaja diseluruh Malaysia maupun Sabah dan Sarawak. Ubat paling berkesan adalah hilangkan kuasa mereka dalam pilihanraya ke 13 nanti. Penyakit yang membusuk dalam UMNO sudah mencengkam sehingga ke tulang sum-sum. Tidak boleh dibaiki kembali. Tanah busut yang ada itu sebenarnya sarang anai-anai. Hanya selapis luaran sahaja yang membungkus kejelikan daripada rakyat yang ramai. Disebalik itu penuh nanah dan darah yang jijik lagi mengotorkan.

UMNO-BN bukan lagi teras bagi orang melayu dalam menungkah arus pembangunan bangsa di masa depan. Parti yang usang sejak separuh abad itu tidak mampu lagi untuk dibina bagi mengakkan kekuatan bangsa apatah lagi agama. PAS lah harapan baru masa akan datang. Bersediakan kita semua untuk mengganti UMNO-BN yang dah reput itu?

Jom selamatkan Politik Malaysia bersama PR. Harapan Malaysia Baru.

Read More !

Dimana nak cari bini yang 'ori'? Banyak 'Second-hand'

| | 0 comments

Kajian terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin. Lebih mengejutkan, kira-kira 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan itu, bukan saja tidak kesal, malu atau takut dari segi dosa malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan.
Menurut kajian itu, mereka yang terjebak dengan gejala terbabit bukan disebabkan faktor tekanan akibat kegagalan institusi keluarga termasuk rumah tangga porak-peranda, sebaliknya tertarik dengan pengaruh rakan sebaya. Sebahagian besar mereka juga mengakui menerima pendidikan agama mencukupi.

Dapatan itu diperoleh daripada kajian enam bulan bertajuk ‘Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual’ dengan 400 responden ditumpukan kepada dua kumpulan sasaran di Lembah Klang dan juga kawasan luar bandar, iaitu pelajar sekolah menengah daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima serta remaja di bawah usia 25 tahun. Kajian itu siap sepenuhnya Disember lalu.

Pengarah Pusat Kokurikulum UPM yang mengetuai kajian itu, Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata ada responden mengakui terdedah kepada ‘dunia seksual’ seawal sekolah rendah, termasuk muat turun gambar lucah melalui telefon bimbit, menonton video lucah dan melayari laman web pornografi. Walaupun dapatan kajian di luar bandar dan Lembah Klang menunjukkan hasil lebih kurang sama, senario di luar bandar itu boleh dianggap lebih mengejutkan apabila ramai remajanya turut terjebak dengan gejala ini sedangkan kawasan berkenaan tidak mendapat pendedahan seperti di bandar raya,” katanya.

Antara tanggungjawab sebuah kerajaan dalam Islam adalah menjaga 5 asas kehidupan manusia. 1. Menjaga Agama. 2. Menjaga Harta. 3. Menjaga Akal. 4. Menjaga Zuriat & Keturunan. 5. Menjaga nyawa. Ia juga dianggap sebagai perkara dhoruriyat yang penting demi maslahah dan kepentingan sesuatu kehendak syariah.

Amat malang apabila pihak kerajaan gagal dalam menjaga semua ini dan kerajaan juga gagal menegakkan syariah Islam padanya. Hukum riddah, mencuri & merompak, minum arak, zina dan bunuh balas serta qisas adalah berkaitan dengannya. Suasana hari ini tidak selesa perkembangan anak-anak membesar dengan budaya Islam tetapi tetapi budaya kehaiwanan dan hawa nafsu serta syahwat. Penzinaan berlaku merata-rata dan bahkan sudah menjadi bala Allah Swt keatas bangsa Malaysia. Anak luar nikah sudah menjangkau juta. Malaysia sudah tidak selamat lagi untuk hidup terpelihara mengikut persekitaran melayu yang penuh budaya ketimuran apatah lagi mengharapkan persekitaran dan cara hidup Islam. Malaysia umpama mekah diera jahiliyyah.

Bagaimana generasi era 2020 nanti? Adakah lagi Insan di Malaysia ini? Adakah lagi bakal ibu muslimah untuk anak-anak mujahid sabilillah? Kalau hanya baki 1/4 dari remaja yang tidak mengamalkan sek bebas. Dimanakah nak dicari calon isteri yang ori? Adakah nanti semuanya barang second-hand?

الزَّانِي لَا يَنْكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لَا يَنْكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ

Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas oran-orang yang mukmin (Surah an-Nur: 3)

Kalau berdasarkan ayat diatas nescaya tidak wajar orang yang beriman kawin dengan yang berzina, demikian pula sebaliknya. Habis dimanakah nak dicari bakal ibu yang soleh kepada anak-anak yang 3/4 sudah ditebuk tupai dan bagaimana pula seorang muslimah yang suci hendak mencari suami-suami atau bakal bapa yang soleh buat anak-anaknya yang tidak pernah berzina. Huhh dahsyatnya umat sekarang.

Read More !

Kerna Chua, Malaysia jadi sibuk

| | 0 comments

1. Baru agak reda isu Datuk Chua Soi Lek, timbul isu pelantikan Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dalam rombakan Kabinet terbaru baru-baru ini menimbulkan kontreversi memandangkan ramai lagi pimpinan MCA maupun UMNO yang lebih senior tidak dilantik. Chua, 33, anak Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dinamakan dalam rombakan kecil Kabinet Najib Tun Razak.

Ketika ditanya kepada PM beliau berkata perlantikan Chua Tee Yong adalah berdasarkan kebolehan dan kelayakannya. Beliau seorang akauntan bertauliah, bukan merupakan satu isu kerana kabinet telah meneliti senarai calon-calon dan yakin yang beliau mampu menjalankan tugas sebagai anggota pentabdiran. “Kami telah meneliti senarai itu. Saya sendiri turut meneliti senarai itu. Tidak ada kena-mengena sama ada bapanya ialah presiden (MCA) asalkan beliau mampu menjalankan tugas sebagai anggota pentadbiran,” katanya.


Kesian Khairy Jamaluddin. Nasiblah engkau tak layak. Meskipun memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO, menjadi menantu bekas PM Abdullah Badawi dan berkuasa di Tingkat 4 masih belum dilihat berkebolehan dan berkelayakan. Ingatkan semua yang lulus Oxford cerdik dan berkebolehan, rupanya nak diberi tugas timbalan menteri pun rasanya tak layak lagi. Nasib engko lah labuuuu…


2. kini timbul pula isu Datuk Chua Jui Meng di tarik gelaran Datuk oleh Sultan Johor. Ia dikaitkan dengan campurtangan UMNO-BN dalam isu ini.
Merujuk anugerah ‘Datuk’ antara kriteria pemilihan Dato' yang digunakan oleh almarhum Sultan Abu Bakar iaitu taat setia, perkhidmatan cemerlang, kepimpinan dan keikhlasan terus diamal dan dipraktikan oleh Sultan-Sultan Johor selepas baginda. Abu Bakar memaktubkannya ke dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895 bagi mempertinggikan martabat Darjah itu, dan memberi kuasa mutlak kepada Raja terhadap pengurniaannya.

Mulai 1886 juga seorang Dato' diberi gelaran "Yang Berhormat" membawa makna ia hendaklah mempunyai dan mengamalkan taat setia yang tidak berbelah bahagi, perwatakan berhemah tinggi, jujur dan ikhlas, menghormatkan orang lain, bermoral, bertingkah laku yang sopan santun, dan kepimpinan yang boleh dijadikan teladan.
Al-marhum Sultan Ibrahim dalam tahun 1925 mencipta Undang-Undang dan Peraturan bagi Darjah memperkuatkan kuasa Raja dalam hal-hal Darjah. Pada masa sekarang jika terdapat kesangsian nama calon dirujuk kepada pihak berkuasa seperti polis, mahkamah dan agensi pencegah rasuah untuk siasatan dan pengesahan.

Penerima SPMJ pertama bergelar Dato' bagi ketua masyarakat Cina ialah Tan Hiok Nee seorang ahli Dewan Negeri dan ketua persatuan Ngee Heng Kongsi.

Setelah Datuk Chua Jui Meng mendapat pingat dan ditarik balik, mungkin salah satu ciri dan sifat-sifat diatas telah dilanggari. Ketika beliau mendapat pingat dahulunya semua sifat tersebut cukup tetapi semenjak keluar dari MCA-BN beliau sudah tidak cukup syarat. Bagaimana pula Datuk Chua Soi Lek, masih cukupkah syarat itu? Masih bermoral? Sopan santun dan kepimpinan yang boleh dijadikan teladan? Entahlah.

Apahal pun mungkin pengaruh UMNO-BN makin merosot di negeri tempat tembuni UMNO ditanam. Gelabah tak tentu pasal, tersalah langkah nak padamkan api tercurah minyak. Kot-kot makin marak kebangkitan PR di Johor, I’Allah.

3. Terbaru isu Tian Chua yang dijatuhi hukuman oleh mahkamah sebanyak Rm 2,000 kerana menggigit seorang anggota polis. Isunya adakah Parlimen Batu perlu bubar? Tapi nampaknya parlimen ini cukup keras… macam SPR taknak bubar pulak. Isu Tian Chua pun Nampak macam celaru SPR dibuatnya. Apatah lagi apabila Karpal menyebut Parlimen Batu bubar. SPR menyebut itu kuasa speaker. SPR menguruskan pilihanraya sahaja. Tetapi ketika di Perak dan sekarang DUN Seputeh, Kedah, meskipun Speaker mengistiharkan DUN itu kosong, SPR buat pekak badak aje.

Kalau di rujuk kepada kes yang menimpa Ahli Parlimen Menglembu Fan Yew Ting pada 1975 yang dijatuhi denda RM2,000 ekoran kesalahan di bawah Akta Hasutan menyebabkan Fan Yew hilang kelayakan sebagai ahli parlimen. Habis macamana parlimen Batu?

Hakim pulak satu hal. Dah tau BN takut pilihanraya dendalah RM1999.00. Taklah pening PM. Nak umumkan pilihanraya takut jadi teruk pada SIBU. Itu kawasan Bandar dan majority pun lebih 11 ribu. Bukannya orang felda atau kawasan hulu yang tak bermaklumat. Boleh le tipu dan rasuah. Tapi kalau ikutkan kajian Merdeka Centre dah orang ramai sokong PM, Najib melebihi 72%... tunggu apa lagi. Harap-harap pilihanraya le rakyat nak merasa. Seronok juga dapat lihat menteri turun padang. Takkan nak dok parlimen dan hotel 5 bintang aje. Rakyat nak tengok juga pengerusi kelab BN dari Kinabatangan turun kempen, mungkin turun bersama isteri barunya.

Apapun semua ditangan Najib sekarang? Apakah selepas ini timbul lagi si Chua yang menambahkan pening PM kita? Betapa banyak chua daaaa....

Read More !

Nazri & Mahadhir-Halal. Tsu Koon & Kit Siang, Haram

| | 0 comments

Lawak betullah puak2 ni sekarang. Sapa tak tau kalau Mahadhir dengan Nazri ni macam kucing dengan anjing. Memang tak sebulu. Asyik nak berkerkah aje. Yang herannya bila berkait isu judi bola ni. Alih-alih Nazri boleh sependapat dengan Mahadhir. Bersetuju untuk dihalalkan dengan alasan untuk non muslim.

Yang heran bin ajaibnya pulak tu, Koh Tsu Koon yang juga dari kementrian yang sama dengan Nazri sependapat dengan Kit Siang dan pembangkang walaupun dia non muslim dari bangsa cina.

KUALA LUMPUR 19 Jun - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, langkah kerajaan memberikan lesen menjalankan perniagaan perjudian kepada Ascott Sports Sdn. Bhd. adalah bagi menghormati hak masyarakat bukan Islam di negara ini. Katanya, ini kerana kerajaan perlu mengambil kira kepentingan semua pihak dan bukannya masyarakat beragama Islam sahaja kerana amalan bertaruh merupakan sebahagian daripada cara hidup bagi sesetengah masyarakat bukan Islam.

"Jangan semua undang-undang berdasarkan keperluan orang Islam sahaja," katanya dipetik daripada laporan portal propembangkang, The Malaysian Insider hari ini.

Bagaimanapun, seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dalam satu sidang akhbar di sini hari ini pula memberitahu, keputusan kerajaan menangguhkan pemberian lesen judi itu amat dialu-alukan. Beliau yang juga Presiden Gerakan menjelaskan, pemberian lesen judi akan hanya menambahkan ruang buat masyarakat terlibat dalam aktiviti pertaruhan. Katanya, kegiatan berjudi boleh mendatangkan kesusahan hidup kepada sesiapa yang terlibat termasuk masalah moral dan sosial.
"Selama ini, Gerakan mengambil pendirian menentang (aktiviti) promosi pertaruhan dan perjudian kerana kita adalah para penganut agama-agama terhebat di dunia," katanya.
Kiamat udah dekat! Orang Melayu dan mengaku Islam berusaha bersungguh-sungguh berhujjah untuk meluluskan lessen judi bola dengan alasan untuk orang cina khususnya dan untuk bukan Islam. Undang2 dibuat bukan berdasarkan keperluan orang Islam sahaja. Agak-agaknya syurga pun nak masuk, neraka pun taknak ketinggalan.

Sebaliknya pula orang cina dan non muslim menentang demi membendung perilaku buruk dan gejala yang membawa kerosakan dalam masyarakat.

Nampaknya pilihanraya akan datang , orang cina masih lagi sependapat untuk tidak menyokong UMNO-BN. Memang dah makin teruk dan merapu. Tetapi bangsa Melayu tu… entahlahhhh. Kalau hujah Mahadhir dengan Nazri ni boleh masuk dalam kepala orang melayu! Kot rela ditelannya lagi..

Read More !

1 Malaysia = 1 Kilo Gula

| | 0 comments

Baru-baru ini ada seorang customer yang mengunjungi sebuah kedai runcit cina untuk membeli gula. Apabila dilihat gula lalu ia bersegera mengambil beberapa pek. Lalu taukey cina itu segera menghalang dan menyebut “Hanya 1 kilo satu orang.. tak boleh lebih”. Apapasal ? Tanya pembeli tersebut. “Apek jawab: 1 Malaysia 1 kilo woo”. Lelaki itu keluar dengan wajah cemerut. Mungkin kuat UMNO-APCO kot.

Krisis gula di Negara kita ini bukan sekali dua. Dah acap kali berlaku. Bukan seorang menteri bertukar tangan tetapi krisis gula ini datang juga. Bagi yang berniaga atau nak mengadakan kenduri kahwin menyesakkan nafas masing-masing. Setiap kali krisis gula berlaku, akan timbullah lawak bodoh supaya kurangkan penggunaan gula untuk mengelakkan kencing manis. Hatta khutbah jumaat pun di masjid kerajaan bercakap member peringatan tentang penyakit kencing manis.

Kenapa semua ini berlaku? Setiap kali gula tiada dipasaran, yang menghairankan Raja gula, Robert Quak tetap sebagai billionair yang semakin kaya dan kini kuasa itu dipegang oleh Syed Bukhary pula. Akan bertambah-tambahlah lagi kekayaan golongan kasta 1st class ini. Mereka inilah nanti apabila nak menghadapi pilihanraya akan menyalurkan sumber kewangan buat UMNO-BN. Dan jasa mereka itu dibalas dengan lesen pengimport gula kepada mereka sahaja. Kenapa Malaysia mengamalkan system macam ini? Tidak lain dan tidak bukan kerana kepentingan-kepentingan tertentu kepada pihak pemerintah untuk mengkayakan kroni-kroni mereka semata-mata.

Penulis ketika tinggal di cape town, SA sempat berkawan rapat dengan taukey supermarket di wilayah Western Cape itu. Beliau seorang muslim, masih lagi muda dan mewarisi perniagaan ayah dan keluarganya. Seorang pendokong gerak-kerja dakwah dan Islam yang kuat termasuk penyumbang aktiviti-aktiviti pelajar muslim di Universiti. Saya pernah bertanya dengan beliau tentang kaedah import & eksport barang-barang pengguna di Cape Town. Kebetulan pula kerana penulis membawa masuk barang perniagaan ke situ. Mana tahu kot-kot ada ruang perniagaan lain.
Beliau menyebut tiada kawalan dan tiada lesen import diperlukan bagi barang-barang keperluan harian. Siapa-siapa boleh mengimport barangan yang diperlukan. Bukannya memerlukan satu barang satu lesen. Kerana itulah barang-barang tidak naik harganya. Jika didapati barangan kurang dan harga meningkat tinggi, masing-masing boleh mengimport sendiri barangan tanpa had dan persaingan antara perniaga menjadikan harga barangan sentiasa dalam kawalan. Beliau sendiri mengimport terus gula dari Brazil secara kontena dengan harga yang murah.
Malang, perkara ini tidak berlaku dinegara kita. Sebab itu ramai jutawan atas angin dinegara kita yang sekadar goyang kaki menjual lesen atau permit. Mereka ada kenalan dengan menteri tertentu, dapat lesen dan permit lalu jualkan kepada taukey-taukey. Akhirnya customer akan menanggung segala kosnya.

Nampak gayanya Datuk Idris Jala lebih dipercayai bahawa 2019 negara Malaysia bakal bangkrap berbanding dengan cakap Dr Mahathir bahawa 2020 Malaysia sebagai Negara maju. Masalah gula pun tak selesai.. nak jadi Negara maju macam mana? Singapura, Jepun yang tidak memiliki sumber asli boleh berkembang maju berbanding dengan Malaysia yang Petroleum & Gas menyumbag 43% hasil pendapatan Negara. Itu belum kira kelapa sawit, getah, bijih, balak dan lain-lain? Kemana semua ini? Tirissssssssssss le.

Read More !

Keruhkan air, biar ikan pening!

| | 1 comments

PETALING JAYA: Polis Indonesia dan Malaysia sedang memburu kumpulan-kumpulan militan dan akan menangkap paderi Muslim Indonesia, Abu Bakar Bashir tidak lama lagi. Sumber kanan anti-keganasan memberitahu The Star, mereka mempunyai bukti tentang Abu Bakar yang kini mengetuai Jamaah Anshorut Tawhid membiayai kumpulan militan itu.
Katanya, polis akan menangkap ketua militan itu. Nampaknya, ahli-ahli militan yang mempunyai perkaitan dengan Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah (JI) masih aktif memperjuangkan objektif mencetuskan keganasan di kedua-dua negara tersebut. Mereka turut merekrut ahli baru terutama pelajar universiti.
Ekoran penangkapan seorang rakyat negara ini serta sembilan wartawan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda dan JI baru-baru ini, sumber risikan berkata, pengganas merancang untuk memusnahkan kuil Batu Caves di Kuala Lumpur dan tokong Kuan Yin di Air Hitam, Penang.

Satu jawapan yang paling mudah bagi melabelkan Islam adalah pengganas dan dicopkan sebagai al-Qaeda. Ia akan menghalalkan segala tindakan meskipun tanpa undang-undang. Berapa ramai sebenarnya mereka yang dibunuh oleh al-Qaeda ini (itupun jika sebenar) berbanding pembunuhan umat Islam di bumi Iraq, Afghanistan, Cheeshnya, Palestine dan lain-lainnya. Setiap perjuangan yang ada namanya Islam akan cuba dipalitkan sama.
Bagi Asia Tenggara ini, JI adalah jawapan yang paling mudah untuk dikambing-hitamkan meskipun Abu Bakar al-bashir adalah seorang tua yang sentiasa diserang sakit-sakit tetapi dilabelkan sebagai seorang pengganas mengatasi Benjamin Netanyahu.

Melihat suasana dan perkembangan terkini bagaimana politik Pas yang mula diterima oleh pelbagai bangsa penganut agama lain. Pelancaran DHPP yang telah mempunyai 20,000 ahli sebenarnya amat membimbangkan UMNO-BN. Mereka akan cuba menlancarkan perang saraf agar mereka kembali berpecah berdasarkan politik perkauman sempit bagi memudahkan UMNO-Bn mengekalkan kuasa mereka.

Penulis melihat semua ini sebagai provokasi dalam cubaan memberikan imej buruk kepada perkembangan politik tanah-air. Politik machivelli akan sentiasa memainkan peranannya khususnya apabila tempoh atau tarikh pilihanraya semakin hampir. Isu-isu kegawatan dan perbalahan agama seolah-olah akan wujud yang memerlukan semua rakyat Malaysia memberi harapan hanya UMNO-BN sahaja yang boleh diselesaikan. Tanpa UMNO-BN nescaya akan timbulnya perbalahan kaum dan agama di Malaysia ini. Wujudnya suasana yang tidak selesa antara agama menyebabkan timbulnya kecurigaan terhadap pejuang gerakan Islam dan kambing hitam yang akan dimangsakan nanti tidak lain dan tidak bukan adalah PAS. Setiap ruang dan kesempatan akan cuba dipergunakan oleh UMNO-BN bagi meraih sebanyak mungkin sokongan.

Cara paling mudah untuk melarikan pengundi Malaysia dari memberi sokongan kepada Pas dan PR adalah dengan memalitkan Pas dengan agenda keganasan. Isu 13 Mei, isu huru-hara di Kota Bharu yang memagerankan kerajaan Kelantan, isu Memali, Isu al-Maunah dan sebagainya akhirnya menjadikan seolah-olah Pas apabila memerintah akan menyebabkan huru-hara.
Tidak mustahil inilah agenda yang tersembunyi yang kini diwar-warkan kembali seolah-olah isu keganasan ini ditimbulkan semula yang menyebabkan akan timbulnya huru-hara tempat ibadat orang India dan Cina. Secara tidak langsung Pas akan cuba dilabelkan serong dan hal ini. Apatah lagi dengan nasihat APCO perkara ini akan ditimbulkan bagi menarik masyarakat Malaysia kearah menyokong UMNO-BN dan mengekalkan kekuasaan mereka dalam menghadapi PRU-13.

Kita menyarankan jika mereka sebenarnya bersalah, bicarakan mereka dengan peraturan dan undang-undang yang ada. Dakwa mereka di mahkamah dan hokum mereka jika mereka disabitkan dengan kesalahan. Jangan dibuat tuduhan melulu dan cuba mewujudkan suasana tidak selesa dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia ini. Kita tidak mahu peristiwa pembakaran gereja berulang kembali. Jangan UMNO ingin menunjukkan juara tetapi tangan-tangan jahat dan kotor merekalah yang mula memainkan api permusuhan ini. Mereka mewujudkan air yang keruh untuk senang mereka menahan jerat.

Diharapkan rakyat Malaysia tidak termasuk dalam jerat UMNO-BN.

Read More !

Mahathir sudah nyanyuk atau Melayu mudah lupa?

| | 0 comments


Adakah Mahathir lupa siapa yang memerintah Negara ini? Adakah dia juga lupa bahawa ia pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun? Tidakkah Parti UMNO yang mewarisi daripada penjajah segala pemerintahan semenjak merdeka sehingga kini? Siapakah yang membuat polisi dan keputusan setiap perkara dalam menentukan masa depan melayu di Negara ini? Siapakah yang menyerahkan pulau Singapura kepada bangsa Lee kuan Yew? Siapakah yang menandatangani dasar Ju So lay dan Perlembagaan Lord reid? Siapakah yang menyebabkan melayu terpinggir dalam ekonomi? Siapakah yang menjadikan orang cina segala millionaire di Malaysia ini?

Adakah Tun Dr Mahathir sudah nyanyuk atau orang melayu mudah lupa? Nak katakana Mahathir pelupa, adakah dia seorang melayu?

Ketika berucap di Kuala Terengganu, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, meluahkan rasa bimbang dengan nasib dan masa depan orang Melayu di negara ini. Menurutnya, orang Melayu kini berada dalam keadaan amat genting dan cemas di negara sendiri sehingga memungkinkan golongan itu menerima nasib sama seperti Melayu Singapura yang menjadi minoriti. Katanya, keadaan itu berlaku kerana penguasaan Melayu negara ini yang dahulu sebanyak 60 peratus, sekarang semakin mengecil kepada 20 peratus susulan perpecahan politik, iaitu UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Menurutnya, tidak mustahil Melayu akan menjadi seperti Melayu Singapura, puak tidak berkuasa meskipun negara itu asalnya milik tanah Melayu jika bertindak tanpa mengikut perhitungan yang waras.

“Jadi puak tidak berkuasa, yang terpaksa terbongkok-bongkok apabila berdepan pihak lain. Bukan kita minta mereka terbongkok-bongkok depan kita, tapi apa yang kita nak adalah agihan adil. “Orang Melayu sekarang mudah terima rasuah. Hanya RM100 atau RM200, mereka sanggup gadai negara. Jika jual undi, kita sebenarnya menggadai negara dan bangsa kita,” katanya.

Kenapa semua ini diletakkan kesalahan kepada pembangkang dan Pas? Pas hanya lama memerintah di Kelantan. Adakah orang cina yang memerintah di Kelantan? Adakah ini bermakna orang melayu merosot menjadi minority di Kelantan? Adakah kerana adanya parti UMNO,PAS & Keadilan menyebabkan orang melayu menjadi minority dan hilang segala hak dan penguasaan? Sedangkan orang cina juga berpecah kepada MCA, GERAKAN, DAP, SUPP dan sebagainya. Kenapa mereka tidak jadi minority?
Siapakah yang mengajar kepada orang melayu erti rasuah ini? siapa yang memberi setiap kali pilihanraya wang? sehingga ke perhimpunan agung UMNO sendiri lahirnya para pemimpin yang rasuah? Sehingga ke hari ini Wang Ehsan digunakan sebagai ibu segala denak rasuah? Kenapa Pas yang bersalah?

Sampai bila Tun Dr Mahathir hendak mencocok hidung orang melayu. Cukuplah Dato Mendaliar dan Si Kitul mengkhianati Melaka. Dunia sudah kata pergi, kubur sudah kata mari. Insaf-insaf dan bertaubatlah. Benarlah doa Dato Fadhil Noor agar dipanjangkan usianya dan ia melihat segala kemusnahan dan kehancuran bangsa melayu ditangannya sendiri. Yang berjaya adalah kroni dan anak-anaknya! Tetapi ia masih mencari kambing untuk dihitamkan? Apa bodoh sangatkah orang Terengganu? Diperbodohkan oleh orang yang menaja wawasan 2020 yang membangkrapkan Negara pada 2019? Munasabahlah Dato Mat Said pun turut hadir.


وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ . أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَكِنْ لَا يَشْعُرُونَ
Dan bila dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi. mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan.". Ingatlah, Sesungguhnya mereka Itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar. (Surah al-Baqarah: 11-12)

Read More !

Perbahasan di Muktamar Pas kali ke-56 di PUTIK, Kelantan

| | 0 comments

Sekembali dari muktamar, baru berkesempatan penulis membuka blog. Hajat terasa ingin berkongsi apa yang ingin disuarakan sempena muktamar yang baru melabuhkan tirainya. Penulis yang mewakili Terengganu ditugaskan untuk menyokong ucapan terimakasih perwakilan dari negeri tuan rumah, Kelantan dalam menyokong ucapan dasar Presiden Pas, Dato’ seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika merasmikan muktamar Pas kali ke-56 yang bertemakan “ Islam Adil untuk Semua”.


Dengan waktu dan masa yang amat terhad sekadar 12 minit amat sukar untuk membentang dan menyuarakan hasrat perwakilan dari negeri Terengganu yang mewakili 8 kawasan bermula dari Besut sehingga ke Kemaman. Pun begitu setakat kudrat dan kemampuan yang ada diatas kepercayaan yang diletakkan keatas bahu, penulis cuba sebaik mungkin. Apapun penilaian terserah kepada semua perwakilan dan kepimpinan yang hadir.

Dibawah ini adalah butiran yang ingin diucapkan oleh penulis. Nota-nota rengkasan yang disediakan kekadang bersimpang siur. Walaupun sudah biasa dengan ucapan didepan khalayak, dan ini bukanlah kali pertama penulis mewakili Terengganu dalam ucapan muktamar, tetapi wajah2 pejuang Islam yang berada dalam dewan PUTIK yang memandang serius serta soff pimpinan yang membanting usaha dalam menegakkan perjuangan Islam yang murni ini, menjadikan penulis terasa kerdil untuk mengucapkan pandangan maupun kritikan.

Menyentuh tema Pas “ Islam Adil untuk Semua”, mendorong penulis untuk mengucapkan syabas dan tahniah diatas sikap istiqamah PAS dalam terus menerus menjuarai perjuangan dan wadah islam di persada umat Malaysia yang dikatakan sebuah masyarakat majmu’ pelbagai bahasa, bangsa, warna-kulit dan agama. Dasar Islam yang merupakan prinsip perjuangan Pas tidak lekang sejak zaman berzaman.

Penulis menyorot kembali ucapan melalui corong Radio Malaya dalam satu program khas pada tahun 1959, di mana setiap parti politik besar yang akan bertanding dalam pilihanraya diberikan peruntukan masa untuk menerangkan dasar-dasar perjuangan parti masing-masing. PAS melalui Prof Zulkifli Muhammad dalam ucapannya di radio, antara lain mengatakan:
Bahawa sekiranya berkuasa kelak, PAS akan mensederhanakan perbelanjaan negara, dan PAS akan mengambil Islam sebagai bentuk masyarakat negeri ini, kerana dalam Islam terdapat jawapan dan huraian kepada masalah yang dihadapi oleh negeri ini. Bahawa kelamahan ekonomi rakyat negeri hanya dapat diubah dengan memberikan peraturan ekonomi Islam dan pengundi tidak kira bangsa mestilah memberi sokongan kepada PAS.”


Sehingga kini Pas masih lagi atas dasar dan teras tersebut. Tidak ada istilah Pas menggadaikan perjuangan Islamnya sebagaimana dakwaan UMNO-BN. Tetapi UMNO sendiri kekal dengan agenda sekularismenya semenjak awal penubuhan sehingga kini. Ucapan Tunku Abdul Rahman menjadi bukti apabila pemimpin nombor satu UMNO yang juga menjadi Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu waktu itu, juga turut menyerang PAS, “Jangan campur undang-undang Tuhan dengan negara” menurut Berita Harian Januari 1961, di samping juga mengingatkan rakyat negeri ini. “Kalau kita menggunakan undang-undang Tuhan dalam negara kita yang baru hendak maju ini, tidak dapat tidak negara kita akan kacau bilau, dan permusuhan antara rakyat negeri ini akan berlaku.’ katanya lagi.

Hasilnya PAS berjaya menguasai dua buah negeri, iaitu Kelantan dan Terengganu. Juga memenangi 13 dari 104 kerusi Parlimen, 9 di Kelantan dan 4 di Terengganu. Bagi kerusi DUN Terengganu, pemerintahan PAS hanya oleh bertahan selama 2 tahun sahaja, setelah kalah dalam suatu usul undi tidak percaya kepada kerajaan PAS Terengganu. Ini terjadi apabila ada ADUN yang memenangi 13 dari 24 kerusi itu, ‘melompat’ atau disifatkan sebagai ‘dibeli’, atau ‘culik’ oleh UMNO. seorang lagi ADUN PAS yang menjadi undi penentu kepada usul tidak percaya itu, iaitu Ustaz Ahmad Azam, menyokong usul itu, Ahmad Azam telah berjaya menjatuhkan kerajaan PAS Terengganu. Berlainan dengan PAS di Kelantan, menang dengan majorit 28 dari 30 kerusi yang dipertandingkan. Ini memberi kekuatan kepada PAS untuk bertahan lama.

PAS adalah Parti Islam pertama yang berjaya membentuk kerajaan di Asia Tenggara ini. Juga merupakan parti Islam pertama selepas kemenangan Ikhwanul Muslimin di Yaman dalam tahun-tahun 40an, yang mampu membentuk kerajaan didunia ini.
Dari situ bermulalah agenda kezaliman UMNO-BN terhadap PAS. Menurut akhbar Utusan Melayu 5 November 1960, Tan Sri Syed Jaafar Albar (ayah Syed Hamid Albar) Menteri Muda Penerangan dan Siaran Radio di Dewan Kelab Kuantong Kuala Terengganu, dalam suatu ucapan sewaktu membuka Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO pada 4 November, memerintahkan seluruh pemuda UMNO Kelantan dan Terengganu supaya memberitahu rakyat kedua buah negeri itu, bahawa kerajaan Persekutuan tidak akan menghantar bantuan walau satu sen pun kepada rancangan luar bandar kedua negeri tersebut.

Sikap nifaq ini telah disebut oleh Allah 14 abad yang lalu dan secara tradisinya diteruskan oleh UMNO-BN

سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَسْتَغْفَرْتَ لَهُمْ أَمْ لَمْ تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ لَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ . هُمُ الَّذِينَ يَقُولُونَ لَا تُنْفِقُوا عَلَى مَنْ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ حَتَّى يَنْفَضُّوا وَلِلَّهِ خَزَائِنُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَا يَفْقَهُونَ .
Sama saja bagi mereka, kamu mintakan ampunan atau tidak kamu mintakan ampunan bagi mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. Mereka orang-orang yang mengatakan (kepada orang-orang Anshar): "Janganlah kamu memberikan perbelanjaan kepada orang-orang (Muhajirin) yang ada disisi Rasulullah supaya mereka bubar (meninggalkan Rasulullah)." padahal kepunyaan Allah-lah perbendaharaan langit dan bumi, tetapi orang-orang munafik itu tidak memahami. (Surah al-Munafiquun: 6-7)


Sikap inilah yang pasti kita lihat hingga kehari ini kezaliman dan diskriminasi UMNO terhadap rakyat yang menyokong Pas meskipun sebangsa dengan mereka sendiri. Kerana itulah mereka tega untuk merampas royalty dinegeri Terengganu dan kini terhadap Kelantan pula.

Isu kedua adalah isu Tarbiyyah.

Kalaulah Adun Rawang, Gan Pei Nei mencadangkan agar PKR menggunakan sistem tarbiyah untuk mendidik ahlinya dalam Konvensyen PKR juga di Kota Bharu bru2 ini, maka apatah lagi Pas yang denyut nadinya serta kekuatannya adalah terletak pada tarbiyyah. Pejuangan yang bukannya hanya berpaksikan siasah dan dakwah tetapi parti yang perlu mengukuhkan tarbiyyah yang diperkukuhkan dalam ucapan Presiden kali ini.
Sudah pasti isu Tarbiyyah ini merupakan perjuangan yang panjang. Ketika-mana Rasulullah saw ditanya oleh a’isyah isteri baginda tentang saat paling sukar dalam kehidupan baginda selepas peristiwa Uhud, baginda menyebut tentang peristiwa baginda berhijrah ke Taif yang dikhianati serta dilempar dengan batu sehingga datang malaikat ingin mengangkat bukit untuk dihempas ke kepala penduduk Taif tetapi sabda baginda:

بَلْ أَرْجُو أَنْ يُخْرِجَ اللَّهُ مِنْ أَصْلَابِهِمْ مَنْ يَعْبُدُ اللَّهَ وَحْدَهُ لَا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا
Bahkan akan berharap akan dikeluarkan Allah daripada sulbi mereka orang yang akan mengabdikan diri kepada Allah satu-satunya dan tidak mensyirikkannya dengan sesuatu”- hadis Bukhari.


Diharapkan tarbiyyah ini diberi penekanan bukan hanya terhadap ahli tetapi juga pimpinan. Jika pimpinan tanpa tarbiyyah, timbulnya isu-isu lompat parti yang berlaku kini demi mengejar habuan dunia yang sedikit.

Merapatkan soff dalam mempersiapkan jamaah bagi melangkah ke Putrajaya adalah penting. Berkata pimpinan harakah:

لا غلبة إلا بالقوة, ولا قوة إلا بالجماعة, ولا جماعة إلا بالقيادة, ولا قيادة إلا بالطاعة, ولا طاعة إلا بالأخلاق
Tiada kemenangan tanpa kekuatan, Tiada kekuatan tanpa jamaah. Tiadanya jamaah tanpa pimpinan. Tiadanya kepimpinan jika tiada ketaatan. Ketaatan takkan wujud tanpa akhlak

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (Surah al-anfal: 46)

Keutuhan jamaah hendaklah menjadi keutamaan berbanding kepentingan peribadi. Kepimpinan disemua peringkat perlu mentarbiyyahkan diri sendiri agar kita tidak menjadi penghalang yang membantutkan pertolongan dari Allah itu turun. Segala kecacatan khususnya maksiat hendaklah dijauhi.

Saidina Umar al Khattab Rha pernah mengutuskan surat wasiat kepada Komander Tentera Islam di Iraq iaitu Saad bin Abi Waqqas r.a :

فإني آمرك ومن معك من الأجناد، بتقوى الله على كل حال، فإن تقوى الله أفضل العدة مع العدو، وأقوى المكيدة في الحرب، وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد احتراساً من المعاصي منكم من عدوكم، فإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم، وإنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، ولولا ذلك لم تكن لنا بهم قوة، لأن عددنا ليس كعددهم، ولا عدتنا كعدتهم فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل
علينا في القوة
Sesungguhnya aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang bersamamu agar bertaqwa kepada Allah swt dalam apa jua keadaan . Sesungguhnya Taqwa adalah sebaik - baik persediaan dan strategi yang paling kuat di dalam peperangan . Aku perintahkan engkau dan siapa jua yang bersamamu bahawa kamu mestilah benar - benar berwaspada daripada maksiat dikalangan kamu jua dari musuh - musuh kamu . Sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh tentera lebih ditakuti ke atas mereka berbanding musuh - musuh mereka .Sesungguhnya orang - orang Islam diberi kemenangan dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh mereka kepada Allah swt . Jika tidak demikian , tidaklah kita memiliki kekuatan untuk mengatasi mereka . Kerana bilangan kita tidaklah sama berbanding jumlah bilangan mereka dan persediaan material kita jua tidak lah sama berbanding persediaan material yang mereka miliki . Andai kita juga turut melakukan maksiat sebagaimana mereka melakukan maksiat nescaya mereka lebih kuat dan hebat daripada kita .


Sayidina Umar juga pernah berpesan kepada Sa'ad:"Wahai Sa'ad! Jangan engkau berkata kami adalah orang-orang yang baik. Kami mesti menang. Sesungguhnya Allah mengalah dan menghancurkan Bani Israel walaupun mereka adalah umat yang baik di zaman itu. Apabila mereka mengerjakan maksiat mereka dikalahkan oleh bala tentera Bakhtanusar dan mereka diburu di lorong-lorong rumah dalam keadaan lari bertempiaran kerana mereka kalah di medan perang. Oleh itu aku berpesan kepada kamu sebagaimana aku berpesan kepada diriku sendiri supaya bertakwa kepada Allah, jangan mengerjakan maksiat."

Pas sebagai ‘government in waiting’

Pas dan pendokongnya perlu bersikap sebagai pemerintah dan bukan sebagai pembangkang semata-mata khususnya dinegeri-negeri yang diperintah oleh PR. Sudah sampai masanya Pas mempamerkan contoh dan agenda pemerintahan serta alternative kepada rakyat. Segala kritikan yang dilemparkan selama ini hendaklah tidak berlaku dinegeri pemerintahan Pas dan PR agar dilihat sebagai ‘cakap serupa bikin’.

Isu-isu kecekapan pentadbiran, ketelusan, rasuah, kebajikan dan sebagainya perlu dilaksanakan dan disebarkan makluman untuk seluruh rakyat. Isu seperti:-
Air percuma, diskaun cukai tanah bendang, cuti bersalin, dan sebagainya. Dalam masa yang sama rakyat juga ingin melihat apakah pas Berjaya menyelesaikan persoalan dan permasalahan masyarakat seperti isu tanah dan penempatan atau perumahan rakyat, isu moral serta permasalahan sosial seperti dadah, buang bayi, HIV dan lain-lain. Pas perlu kehadapan dalam menangkat martabat institusi masjid dan pegawainya. Imam dan bilal yang masih lagi berelaun RM20-30 sebulan sedangkan gaji minima untuk pegawai keselamatan telah diselaraskan RM1400 sebulan. Isu kemiskinan yang Kedah dan Kelantan masih lagi mempunyai kemiskinan tegar yang tinggi. Menwujudkan perkapita bagi SAR, Ma’had tahfiz maupun pusat pengajian pondok-pondok dinegeri-negeri PR. Mewujudkan mekanisma bagi pinjaman tanpa faedah buat kakitangan dan rakyat agar dibebaskan cengkaman riba. Perubahan yang menguntungkan rakyat ini akan menjadi cakap-cakap kepada rakyat untuk menarik sokongan kepada PR .

Persiapan PRU-13

Pas perlu mempersiapkan jentera disemua peringkat bagi menghadapi PRU khususnya negeri-negeri fokus dan pimpinan Pusat perlu memainkan peranan bagi membantunya. Manifesto hendaklah disiapkan lebih awal agar rakyat dapat menilai tawaran yang diberikan oleh PR jika memerintah. Semua tenaga pilihanraya hendaklah diberi kemahiran yang sewajarnya. Pas perlu memenangi banyak kerusi khususnya dikalangan pengundi melayu dalam ertikata sebagai alternatif kepada UMNO-BN.

Kita melihat DAP sanggup keluar dari B.A pilihanraya 2004 demi survival pengundi terasnya untuk mengelakkan diri terpalit dengan Pas dan kini mereka bersedia bergabung dengan PR setelah kesediaan perubahan politik orang cina tetapi bagaimana pula tindakan Pas untuk menarik pengundi melayu? Dalam keadaan non muslim sudah berubah mendekati Pas dibimbangi pengundi melayu pula menjauhi Pas.
UMNO pula bak harimau luka selepas PRU-12 dan dua tongkat mereka iaitu cina dan India sudah mula retak. Media, Money & Missionary akan digunaka semaksima mungkin untuk menarik pengundi kepada UMNO-BN khususnya memulih imej Najib sendiri. Dalam masa yang sama, mereka akan pasti membuat apa sahaja untuk terus memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dengan pelbagai taktik kotor, sabotaj dan politik adu-domba dan perkauman sempit. Pergolakan parti-parti dalam Pakatan juga akan diperbesar-besarkan seolah-olah Pakatan akan runtuh sedikit masa lagi. Mereka juga akan menggunakan semua pendekatan tanpa mengira halal atau haram demi mempertahankan talian hayat politik mereka. Semua ini diharapkan Pas bersama rakan PR bersedia dengan politik kotor UMNO-BN dengan pertolongan pelbagai pihak khususnya polis dan SPR. Pas Terengganu pernah merasai itu semua dan semoga sahabat-sahabat dinegeri lain jangan terjatuh dilubang yang sama.

Read More !

Cuti Bersalin: Pemikiran UMNO lembab 20 Tahun

| | 0 comments

Umno-BN merasa malu untuk mengikut tindakan yang diambil oleh Kerajaan Kelantan dan PR meskipun ianya mendatangkan kebaikan dan manfaat. Setelah 20 tahun ianya dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu 10 tahun barulah hari ini ia hendak dibentangkan ke Kabinet. Mereka malu kalau dikatakan mengikut Pas. Atau memang kerana pemikiran UMNO-BN ini lembang?.
Cuti bersalin di negara ini pada asalnya hanya 40 hari. Tempoh itu diubah kepada 60 hari oleh kerajaan Kelantan selepas diperintah PAS pada 1990. Di awal pelaksanaan dasar baru itu, kerajaan Kelantan dikritik hebat beberapa kalangan, terutama para pemimpin Barisan Nasional (BN). Ia difitnah seolah-olah menjejaskan produktiviti dan sebagainya.

Apabila Pas memerintah Terengganu, ia telah memperkenalkan Kemudahan Cuti Bersalin 90 hari kepada pegawai dan guru wanita. Serentak itu juga diperkenalkan Cuti Isteri Bersalin selama tujuh hari kepada suami terbabit. Berkuatkuasa 1 April 2000.
Bagi melaksanakan kemudahan itu, pegawai atau guru wanita diberi opsyen tambahan 30 hari cuti bersalin yang direkodkan sebagai Cuti Menjaga Anak (Cuti Tanpa Gaji). Bagaimana pun, kerajaan negeri bersetuju membayar gaji penuh 30 hari tambahan itu sebagai Elaun Khas Bersalin. Ertinya, ia tetap menjadi cuti bergaji. Ia tetap juga dikritik oleh pimpinan UMNO-BN dengan menganggap tindakan itu mundur ke belakang, menjejaskan produktiviti dan menjadikan kakitangan malas untuk kembali bekerja.

Tetapi kini, apabila kerajaan Kelantan akan melaksanakan peraturan cuti bersalin bagi kakitangan wanita selama 90 hari, mulai tahun dan 10 untuk suami yang dijangkakan akan diikuti oleh semua negeri-negeri yang diperintah oleh PR. Tindakan ini disokong oleh pihak CUEPEC sendiri.

Bimbang tindakan politik yang akan memihak kepada PR dan perbezaan ketara yang akan menjadi buah mulut dikalangan kakitangan kerajaan menyebabkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan membentangkan kepada kabinet dalam masa terdekat cadangan pakej cuti bersalin dan kemudahan lain bagi mewujudkan iklim pekerjaan lebih mesra keluarga.
Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pakej berkenaan termasuklah cadangan cuti bersalin selama 90 hari yang akan turut menyediakan kemudahan menarik kepada kaum bapa. Beliau member alas an dengan mengatakan hampir 80 peratus negara di dunia kini memberikan tempoh cuti bersalin selama 12 minggu atau lebih kepada wanita yang melahirkan anak. kajian Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang mendapati ramai pekerja wanita menamatkan perkhidmatan selepas melahirkan anak pertama. Beliau membangkitkan soal semakin ramai kakitangan wanita sektor awam memilih meletak jawatan selepas melahirkan anak dan ini merugikan Negara.
Beginilah pimpinan UMNO-BN. Pemikiran mereka lembab 20 tahun dari pemikiran pimpinan PAS. Selagi Negara Barat tak buat selagi itu mereka mengatakan tan releven dan apabila Negara barat mula melaksanakannya barulah mereka cuba melaksanakan. Malu sangat ke nak bagi kredit kepada kerajaan Pas Terengganu yang telah melaksanakannya 10 tahun dulu. Menasabahkan UMNO-BN makin tidak releven. Tapi takpelah. yang penting meniru yang baik itukan kebaikan. Semoga pimpinan Pas dahulu akan mendapat pahala daripada pengamal yang mengikutinya.

Read More !

Foto2 XPDC Tarbawi 4X4 Presiden Siri (ii)

| | 0 comments

Pukul 1.10 tiba di Masjid Pasir Minal, Kemaman. Bersiap diri untuk solat Jumaat yang di imamkan oleh Tuan Guru Presiden. Sebelum itu khutbah yang disampaikan beliau berkisar perjuangan palestine serta jenayah Yahudi terhadap nabi2 sepanjang zaman sehingga terhadap umat islam kini. Kecaman juga terhadap tindakan biadap Zionis terhadap konvoi kemanusiaan sedunia Gaza.

Selesai Jumaat, para pemuda yang diketuai DPPKK telah melakukan demo tunjuk rasa menentang dan membantah tindakan tentera Yahudi yang membunuh peserta konvoi serta merampas barangan derma kemanusiaan Gaza di baru-baru ini.



Kemudian bendera negara Yahudi israel dibakar sebagai tanda kehancuran buat Zionis
Para pesrta berehat sementara sebelum meneruskan perjalanan setelah menjamu selera. jamuan rakyat dengan menumbangkan 2 ekor kerbau bersama makanan istemewa. Terimakasih pihak masjid Pasir Minal atas sambutan hebat ini.
Kembara diteruskan menuju ke kampung tradisi iaitu Air Puteh
Jam 3.30 petang, tiba di air puteh, para peserta berhenti untuk penyampaian bantuan fakir miskin. Sebanyak 4k telah diagihkan buat 40 orang yang terpilih di air puteh dan kampung sekitar.
Ucapan rengkas dari Tok Guru Presiden serta majlis penyampaian bantuan
Kembara diteruskan ke Blok 6, Sg. cerul. Konvoi dipandu iring oleh anak-anak muda Pas bersama motor & Scramler
Mula masuk ke jalan tanah merah. Off Road ini sedikit sebanyak memberi cabaran kepada para peserta
setelah perjalanan hampir 1 jam. Tibalah ke destinasi ditengah hutan yang nyaman dengan persekitaran yang menyegarkan
Fuhhh.. seronoknye mandi sungai yang deras airnya. Legaaa... berbaloi prgram macam ni. Nyesal korang tak ikut. Tok Guru pun turut sama berehat didalam air. Air yang sejuk dan deras serta batu-batu dan persekitaran adalah terapi yang amat baik buat kita semua
Bermula kuliah magrib serta taujihat kepada peserta oleh Tuan Guru Presiden. Peserta keseluruhan hampir 200 orang kyusuk mendengar amanat Presiden. sessi dialog dan soal jawab mendapat sambutan hangat
Terimakasih orang kemaman. Orang dapur yang menyediakan makanan buat kami semua
Program santai selepas makan dan XPDC ini berjaya menubuhkan AJK penaja bagi Kelab 4WD Pas Terengganu. Dengan kerjasama beberapa kelab sedia ada seperti RANGGOH dari Marang dan PADAT dari Dungun.
Ditengah malam air naik tanpa disedari kerana hujan lebat yang menyebabkan hulu sungai melimpahkan airnya sehingga jadi seperti pulau di kawasan perkhemahan. Dalam peserta ramai yang lena tidur, sebahagian peserta mengalihkan kenderaan dan ada yang terpaksa ditunda. apapun semua itu callenge buat peserta
selepas kuliah subuh, bersama peserta untuk cabutan bertuah. senyum sakan abg well (YDP Pas kemaman). Boleh hadiah ke?
Acara mempamerkan XTVT lasak oleh peserta 4X4 khususnya ahli yang berpengalaman
Peserta diberikan hamper bagi pertunjukan terbaik. Disampaikan oleh Pengarah Program Ust hazri


Hingga ketemu lagi di kembara Tarbawi akan datang. Terimakasih kepada semua yang terlibat. agar menjadi kenangan dalam beramal jama'ie. Tahniah semoga diberkati Allah.

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...