Piala Malaysia: Adakah ianya tanda Mat Said nak kalah?

| | 0 comments

Penulis baru aje posting artikel sebelum ini yang bertajuk “ Selangor simpan 1b… Mat Said simpan 2 bijik telor sahaja”, semalam berulang lagi dengan Negeri Sembilan. Apabila bola piala Malaysia Terengganu 1, N.Sembilan 2.

Nampaknya rekod bola pun Umno-BN gagal memecahkan prestasi pasukan bolasepak Terengganu yang semasa pemerintahan Pas yang dipimpin oleh DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada tahun 2001 lalu yang telah berjaya menjulang Piala Malaysia.

Walaupun kali ini Datuk Mat Said membelanjakan 750K duit rakyat untuk memberi subsidi separuh harga tiket yang asalnya berharga RM50. 30ribu tiket untuk Terengganu yang kebanyakannya diagihkan melalui pejabat Wakil Rakyat BN dan JKKK Umno. Nampaknya tiket itu sok-sek sok-sek kebanyaknnya dikalangan Umno sahaja. Bagi rakyat biasa, pemuda-pemuda, ahli Pas yang meminati bola dan tidak memperolehi tiket maka terpaksa memenuhi medan bersama layar skrin yang dipasang maupun dikedai-kedai yang memiliki astro diseluruh pelusuk kampong di negeri Terengganu.

Nampaknya begitu bersungguh Mat Said cuba meraih kesempatan politik kali ini tetapi nasib tidak menyebelahi beliau. Hasrat dan harapan beliau untuk menjaja piala Malaysia tidak kesampaian. Mungkin ada hikmah disana. Walaupun seluruh pemain dan jurulatih bersungguh-sungguh berusaha dengan sokongan padu peminat didalam stadium Shah Alam maupun diluar stadium bahkan detik-detik awal yang berpihak kepada pasukan Terengganu tetapi akhirnya kemenangan berpihak kepada N. Sembilan jua.

Apapun syabas diucapkan kepada semua yang telah berusaha dan memberi sokongan padu dan diharapkan lain kali ada kesempatan untuk Piala Malaysia kembali ke negeri Terengganu. Bila? Adakah ini menandakan kekalahan Mat Said dan selepas Pru-13 PR akan memerintah… barulah sekali lagi Piala Malaysia sudi kembali ke Terengganu? InsyaAllah.

Read More !

Selangor simpan 1b… Mat Said simpan 2 bijik telor sahaja.

| | 1 comments

Pada 31 Disember 2010, pelaburan yang dicatatkan oleh Negeri Selangor berjumlah RM668 juta dan wang tunai simpanan Kerajaan Negeri berjumlah RM900 juta. Pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah memperlihatkan lonjakan jumlah pelaburan dan wang tunai simpanan Kerajaan Negeri. Pada Suku Tahun Kedua 2011, pelaburan telah mencapai RM557 juta dan wang tunai simpanan Kerajaan Negeri meningkat kepada jumlah RM1.2 bilion.

Kalau dilihat perkembangan negeri Pulau Pinang pula dalam menguruskan kewangan. Kumpulan Wang Disatukan Negeri Pulau Pinang telah meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion. Manakala baki Akaun Hasil Disatukan telah juga meningkat RM33.54 juta atau 6.2% sehingga mencapai RM572.49 juta

Manakala Aset negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion (RM1.10 bilion pada tahun 2009)Beliau berkata, kira-kira RM600.47 juta atau 95.29 peratus hutang kerajaan negeri berjaya dilangsaikan sejak Mac 2008 dan baki semasa hutang kerajaan negeri ialah RM29.66 juta sahajaJustify Full
Bagaimana pula negeri Terengganu. Negeri tanah airku yang diperintah oleh Datuk Mat Said. Kalau bab berbini, kita orang pas memang tabik spring kat Mat Said ni. Ikut sunnah Nabi..lah katakan… tinggal satu saje tunggu kuota penuh. Tapi bagaimana menguruskan kewangan negeri???

Audit ketika melapurkan bahawa, hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan yang meningkat pada tahun 2008 kepada RM997.60 juta berbanding RM937.87 juta pada tahun 2007 iaitu meningkat sejumlah RM59.73 juta atau 6.4%. Umno ni memang tak tahu bayar hutang. Buat hutang tau le. Kalau Kerajaan Kedah ditinggal tahik hutang kepada rakyat 2 billion tanpa pernah membayarnya tetapi bermula zaman Ustaz Azizan ni dah start bayar 10j. Orang cakap ulama Pas tak pandai memerintah. Nak urus ekonomi macamana??? Tetapi tengoklah sendiri prestasi negeri-negeri diperintah oleh PR berbanding negeri yang diperintah oleh Umno-BN. Klau kata haprak… berasa hati.

Zaman Pas memerintah meskipun sebelum itu Kerajaan Terengganu dah mempunyai limpahan royalti tetapi Terengganu masih berhutang melebihi 700j tanpa berbayar dan apabila Pas memerintah yang ketika itu Tok Guru Hj Hadi sebagai MB mula membayar 37j hutang yang dibuat zaman Umno-BN. Bahkan semasa Pas dijatuhkan, kerajaan masih lagi mempunyai simpanan tunai yang ditinggalkan oleh pimpinan Pas melebihi 400j. Habis bila ia nya diperintah kembali oleh pimpinan Umno-BN kemana hasil ini semua bahkan kini rakyat Terengganu menanggung hutang hampir mencecah 1 billion.

Mat Said juga gagal membuat asset serta simpanan wang tunai dua tahun berturut-turut dengan kadar ‘kosong’ bagi tahun 2009 & 2010. Dahlah simpanan tunai kerajaan Negeri Terengganu menyusut pada tahun 2008 ketika beliau mula memerintah dengan kadar 6 juta sahaja daripada 89 juta dizaman Idris Jusoh bagi tahun 2007. Nampaknya rakyat Terengganu ditinggal telur sahaja oleh Datuk Mat Said. Itupun sebab bininya dua sebelum ini… boleh le sebutir sorang dan kita berkeyakinan setelah tambah bini sorang lagi ni… dan kalau beliau diberi kuasa untuk memerintah lagi.. nescaya sebijik ‘0’ lagilah wang tunai kerajaan Terengganu hasil kebijaksanaan Mat Said memerintah Terengganu meskipun mendapat royalti serta bajet negeri yang diluluskan sebanyak 6 billion semenjak 3 tahun beliau memerintah. Yelah sejak makan ubi gadung ni.. Nampak sangatlah ‘kebijaksanaan’ beliau.

Dah le buat hutang makin banyak… tak reti nak bayar pulak tu, sumber selain royalti hanya mampu dicari 150j sahaja dan asset tunai hanya kosong berturut-turut. Cakap berdegar-degar meluluskan bajet melebihi Selangor!!! Macam tu nak kekalkan Mat Said lagi ke???

Read More !

Gagal 25K, Umno berjanji pula 80K ??? BN gelabah!!

| | 0 comments

Semasa BN kembali memerintah Terengganu, Datuk idris Jusoh telah menjanjikan sebanyak 25,000 peluang pekerjaan. Janji tahun 2004 tetapi Sehingga kini dah nak masuk 7 tahun nampaknya janji hanya tinggal janji sahaja. Yang ada iklan untuk rakyat Terengganu ditawarkan bekerja dengan pasaraya Mydin adalah. Kalau kat Paka bagaimana BN menyatakan bahawa hari ini BN memerintah, besok GPP 7 & 8 akan dibina dan beribu peluang pekerjaan akan ditawarkan. Tapi sampai kini habuk pun tarak dan rakyat terpaksa mencari sendiri sumber pekerjaan meskipun terpaksa mengutip besi-besi buruk.

Kita sedia maklum, kegagalan pihak kerajaan menarik pelabur dan menyediakan peluang-peluang pekerjaan nescaya akan melahirkan banyak permasalahan sosial maupun ekonomi. Apatah lagi ia akan meningkatkan kadar jenayah dan permasalahan akhlak. Institusi kekeluargaan menjadi tidak stabil dan pelbagai lagi masalah yang timbul.

Kini semsa BN bukannya menambahkan peluang pekerjaan bahkan para pekerja yang sedia ada diberhentikan seperti kilang-kilang perkayuan kerana salah urusnya pembahagian balak di Terengganu yang diagih kepada kroni-kroni. Penutupan kilang papan Pesaka dan kilang Plywood di Durian Mas. Pemberhentian keretapi daripada Paka-Kerteh-Kuantan dan sebagainya.

Apakah pimpinan Umno benar-benar serius untuk menyelesaikan permasalahan ini? Terlalu banyak sumber dan khazanah yang dimiliki oleh Terengganu yang boleh digembelingkan bagi menjana sumber ekonomi dan peluang pekerjaan. Sebab itulah kalau dilihat bajet 2 billion setahun tetapi kemana dibelanjakan? Bajet yang terbesar dikalangan negeri-negeri disemenanjung mengalahkan Selangor tetapi kenapa rakyat Terengganu tiada peluang pekerjaan? Semua projek-projek mega nampaknya tidak mampu member peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu. Bajet itu pun bergantung kepada royalti bagaimana kalau tanpa royalti ? mampukah kerajaan BN yang ada hari ini membayar gaji kakitangan rakyat Terengganu?

Kini apabila manifesto Pas yang memberi tumpuan serius kepada peluang pekerjaan bahkan menjanjikan bakal menyelesaikan permasalahan 17,000 rakyat Terengganu yang menganggur. Kajian telah dibuat dan didapati Pas mempunyai mekanisme tersendiri dalam menjana peluang pekerjaan ini.

Gelabah dengan tawaran tersebut Datuk Seri Ahmad Said ketika melancarkan projek KTCC menjanjikan pula bahawa Kerajaan BN berjanji menawarkan peluang pekerjaan sebanyak 80ribu kepada rakyat Terengganu bermula tahun hadapan.

Rakyat nilailah sendiri janji kerajaan BN ini. Semasa pemerintahan Ahmad Said sebagai MB Terengganu ini telah meluluskan 6 billion bajet. Dah berapa ramai yg bekerja di Zoo yang beliau bina di Kijal tu? Berapa ramai yang bekerja jaga itik, angsa dan burung di Pulau burung Kenyir atau dah beribu bekerja diladang stawbery atau ladang anggur Terengganu. Bagaimana dengan ladang ubi gadong beliau? Ramai mana dah menawarkan peluang pekerjaan? Projek utk menggantikan ubi kentang atau menghasilkan ubat membesarkan payudara itu berjaya ke tidak? Kalau berjaya nanti ramailah awek mat-mat salleh datang ke Terengganu untuk membesarkan payudara mereka. Tak perlulah membuat pembedahan plastik lagi. Sememangnya Mat Said sentiasa berfikir diluar kotak.!!!!

Projek KTCC dilancarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. Projek itu, dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM5 bilion, akan bermula Januari tahun depan dan dijangka siap menjelang 2018.

Pembangunan berkenaan dianggarkan dapat mewujudkan peluang pekerjaan lebih dari 82,000 orang menjelang 2020.

Projek tersebut berpusat di sekitar lima kawasan pembangunan utama, iaitu Muara Utara, Muara Selatan, Pulau Warisan, Kampung Ladang dan Corniche Waterfront.

Kerja infrastruktur utama di Muara Selatan termasuk pembinaan kerja-kerja tanah yang perlu, jalan raya, parit dan utiliti utama lain, bermula pada Ogos 2011 dan akan siap pada separuh kedua 2013.

Read More !

Apabila Beruk menyusukan Harimau

| | 0 comments

Lebih 1j Jawatan Kosong untuk Pati

Kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan. Itulah yang paling sesuai melihat situasi terkini apabila kebanyakan 2.3juta pendatang tanpa izin yang datang ke Malaysia sebenarnya sibuk bekerja dipelbagai sektor. Itu belum diambil kira dengan pendatang yang mendapat keizinan yang berjuta pula bilangannya.

Sekarang lebih 1juta pula peluang pekerjaan yang masih kosong untuk ditawarkan kepada Pati. Sudahlah Pati mempunyai gaji minima yang bakal ditentukan oleh kerajaan meskipun hanya bekerja sebagai amah. Berbanding rakyat sendiri yang masih belum ada kadar gaji minima. Sekian lama perjuangan persatuan sekerja menuntut gaji minima tetapi nampaknya pihak kerajaan masih lagi pekak badak. Nampaknya hanya pihak PR dalam pembentangan bajet alternatifnya yang menawarkan gaji minima Rm1,100 sebulan.

Benarkah alasan orang melayu pemalas dan memilih kerja atau mekanisme penyaluran serta pengagihan peluang pekerjaan itu gagal sampai kepada rakyat tempatan. Pihak majikan pula mengambil mudah tanpa meletakkan kepentingan negara dengan mengambil Pati sebagai keutamaan. Kalau perkara ini berterusan dan tiada kesungguhan pihak kerajaan menyelesaikannya nescaya kita akan dapati Malaysia menjadi pusat longgokan Pati saban tahun dan penduduk tempatan akan menjadi tersisih bukan sahaja peluang pekerjaan bahkan peluang perniagaan, perumahan, social dan sebagainya.

Apalah nak diharapkan kepada Umno-BN sekarang yang kini menjadikan Pati sebagai anak emas mereka demi melangsungkan nyawa politik kekuasaan mereka dalam Pru-13 nanti. Kalau tahun ini ada 2.3j Pati. Berapa yang bakal mendapat Kad pengenalan serta kerakyatan dan layak mengundi dan berapa pula bakap pati untuk tahun hadapan. Siapa sebenarnya yang khianat?

Amat malang sehingga kini masih ramai rakyat Malaysia yang menganggur sedangkan lebih sejuta jawatan kosong yang akan ditawarkan oleh kerajaan kepada pendatang asing tanpa izin (Pati) menerusi Program 6P kini menjadi tanda tanya, sama ada ia akan terlebih dahulu diambil oleh rakyat tempatan.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, ia merupakan sebahagian daripada proses pemutihan yang membabitkan lima sektor iaitu perkilangan, pembuatan, pembinaan, perladangan dan pertanian.

“Ini kerana lebih sejuta kekosongan jawatan akan ditawarkan terlebih dahulu kepada rakyat tempatan sebelum bakinya diisi oleh Pati. “Peringkat seterusnya adalah memadankan keperluan majikan dan bilangan Pati yang berdaftar dengan Program 6P,” katanya kepada Mingguan mStar, baru-baru ini.
Alias berkata, siapa yang hendak mengisi kekosongan itu dan melakukan pekerjaan di lima sektor yang dibenarkan oleh kerajaan?

“Adakah mereka sanggup bekerja di sektor perladangan, pembinaan dan pertanian? Adakah mereka juga sanggup untuk bekerja lebih masa? “Ada rakyat tempatan tidak mahu bekerja dalam persekitaran yang panas tanpa pendingin hawa atau melibatkan kerja-kerja yang berat dan tahan lasak,” katanya. “Hakikatnya, kita masih memerlukan pekerja asing. Namun pada masa yang sama kita harus melihat kesesuaian terhadap keperluan itu dengan ekonomi, pembangunan dan taraf kemiskinan.

“Apa yang penting adalah kesesuaian itu seiring dengan usaha kerajaan untuk memelihara kesejahteraan dan keselamatan negara. “Kerajaan turut mewujudkan satu sistem pengurusan terancang menggunakan kaedah biometrik untuk pekerja asing dalam menangani isu Pati,” katanya.
Alias berkata, baki kekosongan jawatan itu kemudian akan diberikan kepada 1.3 juta Pati yang berdaftar di bawah Program 6P.

“Bilangan 1.3 juta Pati itu merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan 2.3 juta Pati dan pekerja asing yang berdaftar dalam program berkenaan,” katanya.
Daripada jumlah 1.3 juta Pati yang mendaftar melalui Program 6P, seramai 284,331 orang mengisytiharkan sedang bekerja dalam sektor pembinaan. Ia diikuti sektor perkhidmatan seramai 269,510 orang, perkilangan (176,883), perladangan (155,395), pertanian (89,016) dan tiada sektor (327,991).

Daripada lebih sejuta jawatan kosong yang ditawarkan oleh kerajaan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyenaraikan jumlah paling tinggi iaitu 275,723 kekosongan. Ini diikuti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebanyak 237,700 kekosongan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan iaitu 220,000 jawatan.
Kekosongan jawatan lain adalah daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (165,000), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (140,000), Kementerian Dalam Negeri (10,000), Kementerian Pelancongan (2,041) dan Kementerian Pengangkutan (963).

Read More !

Antara ‘Dr’ Jepun & Dr UUM

| | 1 comments

Pas Terengganu ketika program Pas Ganti Umno (PGU) di Kuala Terengganu baru-baru ini yang dihadiri puluhan ribu rakyat Terengganu yang bangkit menantikan PRU 13 untuk mengembalikan Terengganu sebagai Darul Iman. Pas telah melancarkan 5 daripada 10 janji manifesto utama yang dikembarkan bersama dengan ‘Buku Jingga’ sebagai 10 janji PR dalam masa 100 hari jika memerintah Putrajaya.

Bertemakan Terengganu Maju: Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan yang merupakan satu tema yang amat sesuai dengan masa terkini. Pas amat berkeyakinan jika diberi peluang oleh rakyat untuk menerajui kembali Negeri Terengganu untuk membawa rakyat kearah yang lebih baik berbanding pemerintahan pimpinan Umno-BN yang dipimpin oleh Dato Seri Ahmad Said. Dengan bajet sejak 3 tahun memerintah yang telah membelanjakan hampir 6 ribu juta ringgit, hakikatnya apakah yang dikecapi oleh rakyat?. dengan kedudukan kedua terbawah sebagai negeri termiskin di Malaysia meskipun memperolehi royalti. Apatah lagi kemampuan mencari sumber kewangan Terengganu selain royalty hanyalah berjumlah 150j sahaja. kalau tanpa royalti nescaya nak bayar gaji kakiktangan pun Mat Said tak mampu.

Peluang pekerjaan yang berkurangan. Apalah sangat rakyat nak harapkan peluang pekerjaan apabila projek ubi gadong yang diutarakan oleh MB Terengganu. Itulah tahap yang beliau mampu fikirkan. Tapi semua tahu bahawa beliau kini kaya raya. Membeli asset disana-sini. Mungkin beliau sudah menjangkan bahawa beliau hanya MB sepenggal je kot! Rakyat makin hari makin terbeban tetapi pemimpin Umno mengaut projek dan semakin kaya raya.

Masalah sosial semakin meningkat. Kezaliman pimpinan Umno juga semakin terserlah. Diskriminasi terhadap rakyat khususnya bagi mereka yang tidak menyokong kerajaan. Tanah-tanah yang dibahagikan semasa kerajaan Pas dahulunya dirampas dan sehingga kini tidak mendapat pembilaan yang sewajarnya. Apatah lagi kerakusan mereka merobohkan masjid Bujal yang sehingga kini diberi pembalasan ‘cash’ oleh Allah Taala dengan pelbagai jenis pembangunan yang runtuh di Terengganu.

Atas kepekaan masalah rakyat ini Pas Terengganu menyakini bahawa asas Islam yang kukuh dan dibina pembangunan yang diredhai Allah mampu mengembalikan kegemilangan Terengganu untuk maju zahir dan spiritualnya. Pengalaman Pas memerintah Terengganu sebelum ini dan memerintah Kelantan melebihi 20 tahun berjaya membuktikan bahawa Pas lebih mampu. Kelantan meskipun berpendapatan hanya 500j dengan bilangan rakyat yang lebih ramai tetapi keberkatannya menzahirkan bagaimana Kelantan jauh labih maju berbanding negeri-negeri dipantai timur yang diperintah Umno iaitu Terengganu dan Kelantan.

Atas cakna kepada maslahah rakyat kini, pihak Pas akan menawarkan 10 tawaran utama yang seiring dengan tawaran PR jika menawan Putrajaya dengan ‘Buku Jingga’ yang menawarkan 10 janji selepas 100 hari PR memerintah. Pas Terengganu hanya mengumumkan 5 perkara dan 5 perkara lagi yang lebih hebat akan diumumkan dimasa akan datang. 5 perkara yang telah diumumkan ialah:-

1. Pas akan menyelesaikan persoalan tanah rakyat khususnya yang dirampas oleh kerajaan yang lalu.
2. Memberi kembali pengecualian cukai pintu rumah kediaman
3. Mewujudkan 17,000 peluang pekerjaan khususnya kepada anak muda yang menganggur
4. Memberi cuti 30 hari bergaji bagi kakitangan kerajaan yang kematian suami sebagai tempoh bergabung.
5. Merakyatkan ekonomi dan menawarkan skim khas bagi membantu kemiskinan.

Bagaimana 5 perkara yang ditawarkan oleh pimpinan Pas boleh menjadikan rakyat Terengganu menderita? Bagaimana pensyarah UUM, Sintok nun jauh diutara mengetahui bahawa rakyat Terengganu akan menderita jika Pas memerintah. Sama seperti anggapan bahawa Malaysia akan bangkrap jika PR memerintah Malaysia?

Rakyat Terengganu 'derita' jika pilih Pas memerintah KUALA LUMPUR 17 Okt. - Rakyat Terengganu bakal 'menderita' sekali lagi jika mereka memilih Pas sebagai parti pemerintah negeri tersebut. Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, ini kerana manifesto yang dilancarkan parti itu semalam hanya bersifat populis, yang tidak mengambil kira kesan selepas pelaksanaannya. ''Terbukti apa yang dijanjikan parti itu tidak dapat dilaksanakan seperti janji kerajaan Pas di Kedah menurunkan cukai tanah, tetapi sekarang mereka sebenarnya merana akibat tindakan itu kerana cukai merupakan pendapatan kepada kerajaan negeri. “

Sama seperti ‘Dr Jepun’ Datuk Rosli Hassan yang membuat kenyataan bahawa Manifesto Pas adalah janji kosong.

DUNGUN – Manifesto Pas berkonsepkan negara kebajikan yang dilancarkan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sempena perhimpunan kebangki-tan rakyat Pas Ganti Umno (PGU) di Chendering malam kelmarin disifatkan tidak lebih daripada strategi untuk meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. Pengarah Strategik Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan berkata, setiap kali pilihan raya Pas akan melancarkan manifestonya, namun apa yang menjadi persoalan adalah sejauh mana manifesto itu mampu dilaksanakan, Katanya, menjelang pilihan raya umum, semua parti politik tidak kira parti pembangkang atau kerajaan akan melancarkan manifesto masing-masing. “Saya berani berkata bahawa Pas jika buat manifesto sebegini hanya janji kosong, contohnya 64 resolusi dalam manifesto pilihan raya 1999, ditakdirkan Tuhan mereka dapat perintah Terengganu, berapa dapat laksanakan? “Saya rasa tidak lebih daripada lima yang dapat dilaksanakan,” katanya yang juga Pegawai Pembangunan Dun Sura.

Diharapkan Dr Sintok itu buatlah kajian sedikit. Sesuai dengan status ahli akademik dan professional berdasarkan pemerintahan dizaman pas di Terengganu dari tahun 1999-2004. Nanti orang cakap Dr cap kangkung pulak. Apakah sebenarnya yang rakyat menderita ketika itu? Adakah rakyat Terengganu tak cukup makan atau makan pasir? Rakyat mengecapi penghapusan tol. Pemilikan tanah dibuka semula sehingga 70,000 lot tanah berjaya diluluskan oleh Kerajaan pimpinan Pas. Rumah kos rendah yang dibangunkan disetiap daerah. Beberapa pmbangunan pekan baru diwujudkan seperti Pekan bukit payung, pekan Paka. Cukai rumah kediaman yang dikecualikan. Tiada diskriminasi pinjaman pelajaran dan mengagihkan zakat kepada pelajar yang memerlukan bahkan member peruntukan kepada SAR. Pemberian 1,000 ringgit kepada pelajar yang memasuki pengajian tinggi. Menutup pusat perjudian dan tempat maksiat. Menghidupkan pembinaan insan. Mewartakan hukum Hudud, Qisas & Ta’zir. Mewujudkan Sekolah Rendah Islam (SRAB), KOSTAQ dan banyak lagi….

Bagaimana boleh rakyat derita kerana itu? Atau bagaimana dikatakan janji kosong sedangkan rakyat merasa nikmat tersebut bahkan rakyat tahu makna duit ehsan itupun semenjak pas memerintah. Sepatutnya para Dr ini bertanyakan projek Masjid Kristal. Pembangunan Pulau Waman tu. Monsun Cup. Pembangunan stadium dan beberapa bangunan lain yang runtuh? Hilangnya KUSZA. Tidak diktirafnya Diploma KUSZA? Projek pembangunan Kenyir. Projek Ubi Gadong. Kemana pergi 6 billion bajet tu? Apa yang rakyat dapat manfaat??? Sepatutnya Ketua Bahagian Dungun itu perjelaskan isu MRR2 untuk pengetahuan rakyat daripada member komentar yang tidak bermakna itu.

Read More !

Gambar2 sempena aturcara PGU 100K Pas Terengganu

| | 0 comments

Syabas & tahniah kepada semua petugas, penyokong, rakyat Terengganu yang menghadiri lautan manusia di Pantai pandak, Cendering sempena PGU 100K. Program Pas Ganti Umno kali ke-3 ini diadakan pada 14 & 15hb Oktober baru-baru ini selepas PGU yang diadakan kali pertama di Cukai kemaman di Parlimen MB Terengganu sekarang. Manakala PGU kali ke-2 diadakan di jerteh Besut iaitu diparlimen Idris jusoh iaitu bekas MB. Kini dikawasan tengah iaitu di Kuala Terengganu, PGU diadakan untuk melihat kebangkitan rakyat bagi merampas kembali Wisma darul Iman dari Umno-BN dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Meskipun venue asal iaitu Kg Tanjung, Bandar Kuala Terengganu dipagar zink dengan segera untuk menghalang program PGU diadakan disitu, alhamdulillah meskipun hanya tempo seminggu PGU yang dimeriahkan di pantai Pandak berjalan dengan jayanya dan sasaran melebihi 100K sepanjang dua hari program berjalan. Meskipun dihalang dengan beberapa siri roadblock polis, paku payung yang ditabur ditengah jalan kearah PGU... Bendera yang dicabut oleh pihak bandaraya, pihak yg cuba sabotaj agar dipulau program PGU tetapi semua ini tidak menghalang kehadiran ribuan rakyat kemajlis tersebut.

Program bermula pada pagi jumaat 14hb Ok. 2011, apabila kuliah Tuan Guru Presiden yang diadakan di Rusila yang tak berapa jauh dari venue PGU. Khutbah jumaat diatur kebeberapa masjid disekitar bandar Kuala Terengganu. Pukul 3.00 petang bermulanya pertandingan memancing yang dihari beratus peserta di Pantai pandak. Banyak hadiah disertakan. Dalam masa yang sama muslimat mengisi program dipentas termasuklah program motivasi yang disampaikan oleh Ketua Nisa' Pas Pusat iaitu Puan Mastura.Malamnya ceramah pembukaan yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Mohd Nor Manuty iaitu Ketua Penerangan PKR Malaysia.
YB DR Tan Siang Giew serta Timbalan Presiden Pas iaitu Hj Mohd Sabu.
Dipagi Sabtu 15hb.Okt 2011. Program bermula dengan acara berbasikal anak muda geng kite bersama pendakwah tersohor iaitu Ustaz Azhar al-Idrus. bermula dari Masjid terapung ke Pantai pandak, Tapak PGU. Hampir 400 peserta berkayuh pada jam 8.30 pagi.
Sementara Kuliah Dhuha disampaikan dihadapan ribuan peserta yang hadir sejak awal pagi. Pukul 10.00 pagi Konvoi bermotor pemuda bersama ARC mengiringi pergerakan Tuan guru Presiden dari Rusila ke Pantai Pandak bersama 20 motor berkuasa besar bersama hampir seribu anak muda bermotor yang berlepas dari Dungun yang berkumpul di Rusila ke tapak PGU.Manakala 16 motor berkuasa tinggi bersama ribuan anak muda pula bermotor mengiringi Tuan Guru Nik Aziz, Mursyidul Am dari depan mahkamah ke tapak PGU.Ketibaan Mursyidul Am selaku MB Kelantan disambut meriah dengan kumpulan silat dari Kuala terengganu.
Bacaan ayat suci al-Quran diperdengarkan oleh Ust Yahya Ali Akademi Al-Quran sempena pembukaan majlis perasmian
Ucapan aluan Pengarah Program PGU 100K
Ucapan Pesuruhjaya Pas Terengganu YB Abdul wahid endut
Ucapan Presiden Pas Tuan Guru haji Abdul hadi awang
Ucapan Perasmian hampir 50 minit daripada Tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Para peserta setia mendengar meskipun dibawah cahaya matahari terik

Gimik Perasmian dengan kereta klasik sempena menyambut kelahiran Parti Islam Pas yang ditubuhkan pada tahun 1951. 60 Tahun yang lalu.

mana pergi pengiring motor klasik ni? pah kemana pemandunya???
Dua anak muda memandu Volvo klasik dengan pakaian tradisi melayu menyerahkan gunting kepada Tuan Guru bagi memotong riben melepaskan belon. Ia bersama banner melambangkan lambang parti islam pas bermula dengan lima jari, lambang bulan bintang dan lamabang kini bulan purnama.
Kesempatan juga diambil oleh wakil Palestine menyampaikan cenderahati kitab tafsir kepada Tuan Guru Murshidul Am & Tuan Guru Presiden oleh wakil HAMAS Palestine Saudara Abdul malik.

Selesai sudah acara perasmian. Jamuan rakyat disediakan dengan 20 ekor lembu ditumbangkan bagi menjamu para peserta dengan ala kadar sempena PGU kali ini.

Pukul 3.00 petang program disambung semula. Tiga program berjalan serentak. Program Nisa', muslimat serta keluarga diadakan di pentas utama.

Program anak muda bersama ARC. Acara motor sarkas, motor aksi serta pertandingan bermotor

Manakala Kelab 4X4 Pas juga turut sama mempersembahkan aksi lasak serta pertandingan antara para peserta 4x4. Nampaknya semua venue penuh dengan para penonton melihat aksi masing-masing khususnya anak-anak muda.

Selepas solat asar jam 5.00 petang. Artis serta selebriti terkenal Iwan Syah Dangdut yang mula kembali dengan lagu-lagu dakwah memukau para penonton dengan persembahan bertenaga. Ia menarik ribuan penonton dihadapan pentas PGU.

masa sengang diisi dengan tazkirah rengkas oleh ust Azman Syapawi Abdul Rani

Malamnya ceramah penutup dan kemuncak. Ia membariskan ucapan Pesuruhjaya, YB Leong Ngah Ngah iaitu AJK DAP pusat serta ucapan Presiden Pas serta pelancaran Manifesto Pas Terengganu bagi menghadapi PRU 13 bertemakan TERENGGANU MAJU: ISLAM BERDAULAT, NEGERI BERKEBAJIKAN

Disebut juga sempena pelancaran 5 daripada 10 janji utama manifesto dan akan diumumkan bakinya dalam program yang akan datang

Pihak penganjur merakamkan terimakasih kepada semua pihak yang menjayakan program besar ini dan sekalung tahniah kepada rakyat yang sedia bangkit bersama di menggantikan Umno dengan Pas. semoga matlamat ini direalisasikan Allah dlm Pru akan datang.

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...