Datuk Ahmad Ramzi : Pahat dah makan Tuan.

| | 0 comments

Calon penentang ahli parlimen Marang ni dah kena ‘tulah’. Terlalu kutuk Tok Guru Presiden Pas nampaknya kini air terpercik ke muka sendiri. Datuk Ahmad Ramzi telah diputuskan mahkamah bersalah. Anak arwah bekas mufti Terengganu ini didedahkan melakukan psywar terhadap rakan teamnya sendiri. Selaku setiausaha kepada bekas MB, Datuk Idris Jusoh ketika itu dan ketika berlakunya peralihan kuasa dan kemuncak pertembungan team Idris & team Mat Said, beliau menghantar sms ugutan bunuh terhadap team Idris sendiri dan menggunakan no bekas setiausaha sulit MB Mat Said.

Tapi nampaknya jerat tak menjadi bahkan makan tuan sendiri. Hanya kerana sms “ YB tak sayang nyawa ke?”. Tak pasal-pasal kena jel setahun. Rupanya memang YB Umno ni teramat takut mati. Kes sms yang satu itu pada 13 April 2009 itu menyebabkan mereka tak pergi ke sidang dewan undangan negeri pada keesokan harinya, tetapi mereka pula mengadakan sidang akhbar. Yang kecik dan jadi besar… yang pendek dah jadi panjang.
Ketakutan yang tercirit-birit itu tanpa usul periksa menyebabkan rakan sendiri yang bersalah. MB Mat Said mungkin senyum dan tersengih sahaja. Cerdik-cerdik Idris Jusoh dengan agenda “Memahat sejarah”nya … kini pahat dah kena atas dahi Idris Jusoh jua.

Ketika berbual Adun Manir, YB Harun Taib dengan YB Speaker tentang sms bunuh tu… “Apa nak takut sangat dengan sms tu… kalau mati pun mati syahid”. Jawab YB Ku Putera: “ puak mung takpelah mati syahid… puak Umno mati syahid apa?.. “

Apapun sebab kerana ianya sesama Umno... mungkin hukuman pun dah dikurangkan tu. Hish!!! Kalau bukan Umno dah masuk ISA tu. Macam kes tangkapan ISA terbaru baru-baru ini. Ketika wartawan bertanya kes 13 individu yang di tahan di bawah ISA, kata Menterinya Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata antara jenayahnya kerana pernah mengugut Adun di Sabah.
Macam kira samalah dengan yang dibuat oleh Ramzi ni. Apapun itulah contoh assobiyah asli yang ditunjukkan oleh kalangan Umno. Mereka sanggup menolong kaumnya sendiri meskipun terpaksa berlaku zalim terhadap orang lain. Kalau sesama Umno mereka sanggup lakukan seperti itu… ini baru sms, bahkan ada yang sanggup bunuh membunuh. Itu sesama melayu, sesama bangsa, sesama perjuangan cuma beza kem parti aje. Bagaimana kalau lain parti?

Sebab itulah Umno sanggup berpuluh tahun menindas Pas meskipun sesama bangsa, sesama agama, sesama negeri. Royalti dirampas, tanah dirampas, jawatan dipecat, peruntukan dinafikan dan pelbagai kezaliman yang dilakukan oleh Umno hanya kerana dia orang Pas atau ibu-bapa dia orang Pas.

Nampaknya selepas ini… makin dekat pilihanraya ni… makin tajam pertembungan antara dua team ini. Kita tengok team mana yang lekat calon pilihanraya nanti samada dun maupun parlimen.

SMS ugut: Bekas s/u politik MB dipenjara setahun

Datuk Ahmad Ramzi Mohamad Zubir dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu selepas didapati bersalah menghantar SMS ugutan kepada tiga wakil rakyat BN dan SMS fitnah kepada bekas setiausaha sulit menteri besar Terengganu.

Hakim Mahkamah Sesyen M Bakri Abd Majid menjatuhi hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan itu.

Bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh itu dijatuhi hukuman penjara masing-masing tiga bulan untuk kesalahan mengugut ADUN Paka Mohd Ariffin Abdullah, Adun Permaisuri Abd Halim Jusoh dan Adun Ajil Datuk Rosol Wahid di E726, Kampung Kubang Parit antara 11.21 malam dan 11.25 malam, pada 13 April 2009.

Dia juga dijatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana memfitnah bekas setiausaha sulit Menteri Besar Terengganu Wan Ahamad Wan Muda, yang kini timbalan setiausaha kerajaan negeri dengan menghantar SMS ugutan melalui nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

Read More !

Naifnya MB Terengganu… cakap gigi berlapis!!!

| | 1 comments

Sebagai Menteri Besar Terengganu beliau merupakan pemimpin tertinggi bagi rakyat Terengganu. Munasabahlah kalau apa-apa masalah rakyat akan mengadu kepada beliau untuk penyelesaian. Itu baru pemimpin dan ahli politik. Pemimpin yang memikul amanah dan wakil kepada rakyat.

Sikap berlepas tangan dan tak mahu campur urusan rakyat, itu bukan pemimpin yang berslogankan “Rakyat didahulukan, Prestasi diutamakan”. Takkan masih nak dahulukan kroni daripada kepentingan rakyat. Kalau taknak cakna urusan rakyat diharapkan Datuk Mat Said letak sahaja jawatan MB tu. Baik bukak bisnes, pentingkan keuntungan syarikat dan pribadi aje. Apa peduli tuntutan rakyat. Ini tidak. Jawatan MB disandangnya. Menangis-nangis nakkan jadi MB. Terpelanting Datuk Derih Jusoh tu. Tapi kini taknak pikul amanah dan melaksanakan tugas sebagai wakil kepada rakyat pulak.

Cara paling mudah nak berlepas diri maka carilah jawapan dan mengkambing-hitamkan pihak lain. “Ianya dipolitikkan!!!” “Ada agenda golongan tertentu”… macam-macamlah alasannya. Habis apa guna beliau jadi ahli politik. Bab kata arwah Tun Ghaffar Baba.. “Hanya orang mati sahaja yang tak berpolitik”. Yang heran tu… apabila beliau taknak cakna dia tuduh anasir politik. Kalau bab yang beliau ada kepentingan… depan budak-budak sekolah yang tak cukup umur pun dia dok kempen politik. Betul ke tak betul MB aku ni…. Cuba dok tengok berita nih…

Ahmad Said Kesal Cubaan Politikkan Bola Sepak Terengganu

K.Terengganu: 9 Nov 2011. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said kesal kerana ada pihak cuba mempolitikkan isu bola sepak di Terengganu. Menurutnya pihak berkenaan mempuyai agenda tersendiri dan sengaja cuba menjatuhkan imej Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu,(PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh.

"Dalam bola sepak pun nak berpolitik. (Terengganu) kalah dalam (perlawanan akhir) Piala Malaysia, nak buat mogok, ugut macam-macam (tetapi) apabila Terengganu menang (Piala FA) tiada pula nak buat apa-apa," katanya selepas majlis perjumpaan bersama 2,000 pelajar terbilang sasaran SPM dan STPM di Kuala Terengganu, semalam.

Ahmad berkata beliau tidak akan campur tangan dalam isu pengurusan bola sepak di Terengganu walaupun ada pihak yang mahukan beliau berbuat demikian.

"Nak campur tangan apa lagi, dia ada persatuan, dia ada mesyuarat agung, jurulatih dan pemain sering berganti...masalah sekarang, ada orang nak main politik," katanya.

Jumaat lepas, 1,000 penyokong bola sepak Terengganu mengadakan perhimpunan di perkarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, bagi meminta perubahan dilakukan dalam pengurusan PBSNT serta mahu Che Mat segera berundur kerana didakwa melakukan salah guna kuasa.

*** orang yang pergi demo tu kebanyakannya mereka yang dah cukup umur. Rakyat Terengganu. Pengundi yang bakal menentukan apakah Mat Said masih lagi YB akan datang!!!

Tiada Lagi Perbincangan Mengenai 22 Bekas Pekerja TADC

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata tiada lagi perbincangan akan diadakan berhubung 22 bekas pekerja Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn Bhd (TADC) yang telah diberhentikan kerja.

Ahmad Said berkata bahawa kumpulan itu sepatutnya datang berjumpa beliau terlebih dahulu dan bukannya mengadakan demonstrasi.
"Ini tidak...selepas buat kenyataan akhbar, baru beritahu nak jumpa MB. "Tindakan ini tidak betul, jadi apabila sudah sampai tahap ini, tindakan terpaksa diambil," katanya. Ahmad berkata beliau khuatir demonstrasi itu mempunyai agenda lain.

"Daripada apa yang saya tahu, ada juga pekerja yang tidak dibuang terbabit dalam demonstrasi tersebut. Mereka ini seolah-olah diperalatkan oleh pihak tertentu," katanya.

*** Mat Said ni nak tuduh siapa pulak peralatkan kakitangan yang dipecat tu. Dimana sikap cakna Umno-BN selama ini. Kalau sudah tak mampu menyelesaikan masalah rakyat… baiklah undur awal-awal. Taklah menyusahkan rakyat.

Kerajaan Negeri Perlu Kesinambungan Laksana Agenda Pendidikan

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said menegaskan kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) perlu dikekalkan kerana masih ada agenda besar pendidikan yang belum selesai.

Katanya, kerajaan BN pimpinannya perlu dikekalkan demi kesinambungan untuk terus memperkasakan bidang pendidikan di negeri ini. Katanya, kerajaan negeri akan lakukan apa saja dalam usaha mengekalkan kecemerlangan pendidikan di negeri ini yang memerlukan kerjasama guru, ibu bapa di samping pelajar sendiri perlu fokus untuk capai kejayaan.

“Oleh itu BN perlu dipertahan dan dikekalkan untuk memastikan pembangunan pendidikan terus diperkasa dan pelbagai kemudahan pembelajaran dapat disalurkan kepada anak-anak kita,” katanya.

Ahmad Said berkata demikian di majlis Perjumpaan Bersama Pelajar Terbilang / Sasaran SPM dan STPM 2011 di Wisma Darul Iman semalam.

Adakah itu ucapan seorang MB yang dikatakan tak berpolitik dan tidak memperalatkan pelajar demi kepentingan politik Umno-BN? Anda nilailah sendiri sikap gluk glek boss umno-BN Terengganu kini. Kuasa ditangan anda samada untuk dibiarkan Umno-BN terus memerintah atau memberi alternatif kepada Pas ganti Umno.

Read More !

Kisah benar Pemimpin Umno & pekerja yang dibuang!

| | 0 comments

Penulis mendengar kisah dari seorang bekas pemimpin Umno, bekas Exco negeri Terengganu yang kemudiannya keluar dari parti Umno-BN. Pernah bertanding atas tiket Semangat 46 dan istiqamah sebagai pembangkang sehingga ke penghujung usia beliau. Allahyarham menceritakan cara politik kotor pemimpin Umno yang kekadang tidak pernah terfikir oleh rakyat biasa. Justify Full
Sebuah kilang kayu yang mempunyai berpuluh pekerja. Apabila hampir dengan waktu-waktu pilihanraya seorang YB Umno mengarahkan supaya pihak pengurus kilang berkenaan yang berada dalam kawasan pilihanraya beliau untuk membuang para pekerja beliau dengan memberikan pelbagai alasan. Ini menyebabkan para pekerja marah dan melakukan demontrasi serta mengadakan mogok. Apabila diadakan perbincangan dengan pihak pengurusan, ianya gagal dan pihak pengurusan tidak boleh membuat apa-apa dengan alasan penstrukturan semula syarikat kerana kerugian dan untuk mengelak syarikat daripada ditutup.

Dalam dok sibuk-sibuk macam tu, YB tersebut hadir dihadapan orang ramai yang sedang berdemo dan mogok tersebut. Beliau berucap sambil emosi seolah beliaulah pembela kepada hak rakyat. Dengan suara tegas dan marah-marah beliau memberi jaminan sebagai wakil rakyat, selaku ADUN, YB tersebut berjanji bahawa perkara tersebut akan diselesaikan. Beliau masuk ke bilik pengurusan dan berbincang dengan pihak pengurus (pura-pura berbincang le kononnya). Beberapa minit beliau keluar dengan ditemani oleh pihak pengurus, YB tersebut mengumumkan bahawa hal tersebut sudah selesai. Semua pekerja diambil balik dan beliau akan memastikan kilang berjalan seperti biasa.

Orang ramai menangis kegembiraan serta berkata: “nasib baik ada YB kita”…berteriak “hidup YB.. hidup YB” sambil mengangkat dan menjulang YB kerana dianggap sebagai penyelamat kepada periuk nasi mereka. Beliau menjadi 'hero' dan pada pilihanraya berikutnya beliau menang lagi dalam pilihanraya. Kekallah mereka sebagai penyokong tegar Umno… dulu,kini & selamanya.

Mungkin kita tak terfikir untuk melakukan yang demikian. Kalau adapun dalam cerita P.Ramlee. Itupun akalan Sarif Doll, samseng kg. Dusun. Tetapi itulah antara cara Umno membuli rakyat yang sebangsa dengan mereka. Mereka tidak mampu untuk membuli bangsa lain seperti cina dan india tetapi hanya mampu mengambil kesempatan atas kelemahan dan kedunguan bangasa mereka yang marhaen.

Tahun 1999, Umno menjanjikan 25,000 peluang pekerjaan. Sudahlah janji lalu tidak tercapai dan terbaru MB Mat Said menjanjikan 82,000 peluang pekerjaan baru. Tetapi pekerjaan yang sedia ada makin kurang? Kilang Metro-pacific di Batu enam ditutp. Ramai mana para pekerja diberhentikan. Kilang kayu Pesaka ditutup. Meskipun dapat balak anugerah kerajaan pun boleh rugi? Heran bin ajaib. Kilang plywood Bandar Durian Mas juga ditutup. Ramai pekerja yang bekerja dikalangan penyokong Umno tegar tetapi sehingga kini darah mereka masih cap dacing lagi.

Yang terbaru apabila para pekerja TADC dibuang kerja. Rasanya apakah tindakan yang akan dilakukan oleh Pemimpin Umno-BN? mereka perabih berates juta demi monsoon-cup yang manfaatnya bukan untuk rakyat Terengganu tetapi apalah sangat dengan rayuan rakyat Terengganu yang dikorbankan itu sebelum hariraya korban.

Buat sementara mungkin para pekerja yang dibuang itu disarankan dapat menjual kepok lekor atau ABC dimusim hujan nanti pada 22hb Nov apabila monsun cup bermula di kuala Terengganu atau jadi pengutip bola golf semasa pemimpin Umno bermain golf.

Pekerja TADC dibuang kerja.

K.Terengganu : Ahad 6 Nov 2011- Seramai 22 pekerja Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn. Bhd (TADC) memohon campur tangan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagi menyelesaikan isu pemberhentian kerja yang disifatkan tidak adil.

Wakil pekerja terbabit, Mohd. Razak Salih berkata, campur tangan Menteri Besar terpaksa dibuat setelah pihaknya gagal mendapatkan penjelasan daripada pengurusan syarikat di bawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) itu.

"Mereka (syarikat) seolah-olah tidak memberi peluang langsung kepada kami untuk mendapatkan penjelasan kerana sebelum notis pemberhentian itu ialah cuti Hari Raya Aidiladha," katanya kepada pemberita selepas mengetuai perhimpunan aman di Kuala Terengganu, Ahad lalu (6 November 2011).

Para pekerja yang menerima notis pemberhentian kerja itu terdiri daripada pekerja tetap dan kontrak termasuk berjawatan pengurus dan eksekutif syarikat yang telah berkhidmat antara satu hingga lima tahun.

Katanya, ada di antara mereka menerima imbuhan serendah RM22.20 sedangkan pekerja tersebut telah berkhidmat hampir setahun bersama TADC. Menurut beliau, kriteria pekerja yang dibuang juga tidak diberitahu sedangkan ada di antara mereka yang telah bekerja sejak awal penubuhan TADC iaitu pada tahun 2006.

"Saya dengar akan ada lagi pekerja yang akan dibuang daripada keseluruhan 70 pekerja TADC untuk fasa kedua nanti," katanya.

Read More !

Kuda MSN dan Kuda Pemimpin Umno Terengganu beli… mana lebih Cerdik?

| | 0 comments

Heboh bising seluruh Negara apabila lapuran audit menyebut tentang pembelian 23 ekor kuda dengan harga RM5.66juta. Ini bererti seekor ia dibeli dengan harga hampir 250K. Sebanyak itu hanya 5 ekor sahaja yang boleh dipakai untuk ekuestrian dan sukan lasak manakala bakinya tidak layak. Maka harganya kalau dikira adalah RM1juta lebih seekor manakala bakinya tu baham lebonglah jawapnya.

Itupun kira pecah berita jugak apabila laporan audit mendedahkannya. Bagaimana pula apabila duit rakyat Terengganu yang dikeluarkan untuk membeli 5 ekor kuda di Argentina. Peruntukan yang dikeluarkan adalah RM5juta. Tetapi dek pemimpin Umno dok makan angin kononnya dok nak cari kuda… melilau seluruh Argentina. Maka duit tak cukup. Kuda yang dibeli dengan kos kurantin dan sebagainya menyebabkan tiada peruntukan untuk pengangkutan balik dari Argentina ke Terengganu.

Nasib baiklah ada kapalterbang TUDM. Bolehlah juga diarahkan ambik kuda tersebut. Ini semua kerja-kerja pemimpin yang otak duduk dikepala lutut kuda. Dah jadi Exco, ingat boleh buat apa sahaja duit rakyat. Ingat rakyat yang memilih kamu sepatutnya dengan duit RM5juta tu dah banyak mana kalau dibuat bantuan pendidikan untu rakyat. Kalau seluruh dun Bukit Besi dibahagikan duit RM5 juta tu… nescaya seluruh pengundi Dun Bukit Besi dapat pendidikan percuma diperingkat IPT.

Kalau buat rumah kos rendah dengan RM5 juta tu, dah habis orang miskin tegar di Dun Bukit Besi tu dapat rumah free. Tapi dah pergi buat beli 5 ekor kuda tu… apa yang rakyat dapat???? Ingatlah tu baru dunia orang persoalkan. Bagaimana dengan akhirat? Ingat lepas macam tu je ke?

Mungkin orang di MSN cakap bukan mereka sahaja baham lebong beli kuda ni. Orang Terengganu pun baham lebong jugok. Bukan anak Pak Pandir aje mati , anak orang pun mati jugok. Siapalah yang jadi Pak Pandir tu. Bukan sekadar pandir tetapi pelebong duit dan harta rakyat le tu. Ish 3X!!! mungkin YB Datuk Din Adam boleh komen kot?


Laporan Audit: MSN beli kuda RM5.66 juta tanpa kelulusan

KUALA LUMPUR 24 Okt: Majlis Sukan Negara (MSN) membeli 23 ekor kuda berjumlah RM5.66 juta secara runding terus tanpa mendapat kelulusan Kementerian Kewangan. Pendedahan itu dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan hari ini.

Lebih mengejutkan, lapan belas daripadanya yang dibeli bagi menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak dikategorikan sebagai tidak layak dan terpaksa diserahkan kepada pelbagai jabatan kerajaan.


Ini kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale.

Read More !

Antara 1.11.11 & 11.11.11

| | 0 comments

Alhamdulillah dengan keadaan cuaca yang memberangsangkan, MTD Dun Paka berjaya menganjurkan program dakwah bersama selebriti yang diundang khas untuk bersama dengan masyarakat sekitar Paka.

Program bertarikh 1.11.11 itu bermula selepas asar di Pekan Ketengah Jaya kawasan Felda. Meskipun hanya tempat yang kecil dan sempit dan hujan yang rintik-rintik, tetapi itulah ruang yang ada dan dibenarkan buat Pas sebagai sebuah parti pembangkang di Terengganu meskipun berada dinegara Malaysia yang melaungkan sistem demokrasi. Diwarung Mak Siti dan disitulah medan untuk mengadakan program santai sambil minum petang bersama dengan selebriti Iwan Syahman & Bob Lokman. Sambutan amat menggalakkan apatah lagi kawasan felda adalah kawasan cagaran bagi Umno-BN.

Bob Lokman juga mengulas tentang waran tangkap yang telah dikeluarkan oleh pihak Jais setelah ensiden larangan Bob Lokman selepas memberi ceramah di Masjid hulu Selangor. Hari yang sama juga seorang selebriti veteran iaitu Datuk Ahmad Jais juga meninggal. Yelah setiap manusia akan meninggal samada Bob sendiri mahupun pegawai Jais sendiri. Sama seperti Datuk Ahmad Jais… persoalannya apakah kita semua lepas daripada pertanggungjawaban dihadapan Rabbul Jalil di akhirat kelak.

Pelik jugak pihak Jais sibuk dok nak tangkap orang yang membuat kerja dakwah tetapi yang bertentangan dengan Islam dibiarkan macam tu aje. Nampak sangat Jais kini menjadi terompah kepada Umno-BN. Di Terengganu dahulu pun kita ada pengalaman sebab ramai kakitangan yang diambil dari kalangan anak-beranak mahupun kerana penyokong Umno-BN. Cuma di Terengganu mereka tidak dapat menggunakan isntitusi diraja.

Selepas magrib Bob memberi ucapan di Surau Taman Rakyat di Dungun manakala Iwan berbual dan berkongsi pengalaman ‘hijrah’ beliau di Surau Felda Kerteh 3. Sedikit sebanyak pengalaman, perjalanan dan catatan diari kehidupan dapat menyuntik keinsafan agar kita memanfaatkan sisa-sisa kehidupan yang ada untuk berbakti dijalan Allah Swt.

Dengan cuaca yang terang, hembusan angin segar di pesisiran Pantai Paka, diadakan Konsert Dakwah alternatif serta Talk show bersama dengan Iwan dan Bob. Selingan tazkirah oleh Ust Azman Syapawi memantapkan lagi program yang berlainan dengan konsert-konsert lain yang pernah dianjurkan.


Kehadiran ramai para pengunjung bersama keluarga maupun anak-anak muda yang terhibur serta terisi minda mereka dengan hiburan dan tazkirah meskipun persiapan, maupun persekitaran yang semampu disediakan dengan kapasiti persendirian. Apapun diucapkan tahniah kepada petugas yang memberikan yang terbaik.

Ditarikh yang sama, PM & Kak Rosmah nampaknya dan mendarat di Tanah Haram untuk memulakan ibadah haji beliau. Meskipun PM masih lagi bersongkok dan Kak rosmah dengan rambut jambulnya, semoga pulang nanti… kok2 Najib boleh berkopiah maupun berserban. Kalau takpun paling kurang ada perubahan dengan Kak Rosmah mula berjilbab dan menutup aurat yang sempurna.

Cuma semasa ditanah haram, akan turunkah ilham buat PM tentang tarikh pilihanraya? Dengan semua pihak SPR, pihak polis serta jabatan kerajaan yang telah siap sedia untuk mengadakan pilihanraya, adakah pulang dari haji nanti tarikh 11.11.11 akan diumumkan sebagai tarikh pilihanraya? Tarikh yang cukup rahsia yang sentiasa menjadi teka-teki dan tarikh kaki judi berjudi. Yelah… Malaysia sebagai Negara maju, yang tarikh pilihanraya masih lagi menjadi milik parti pemerintah.

Dengan bulan November & Desember, musim raya korban, musim pelajar yang menghadapi peperiksaan, musim tengkujuh yang mula nak bermula, musim hujan dan mungkin banjir yang akan melanda, musim PM nak buat kenduri kahwin, musim Krismas nak beraye, musim perhimpunan agung Umno, musim cuti yang masing2 sibuk kenduri-kendara, musim sibuk nak masuk sekolah, musim nak raye cina lagi… apakah dengan kepadatan waktu begini PM akan mengumumkan tarikh pilihanraya? Atau selepas raye cina diawal February lebih selesa dan tarikh cantik dengan 11.11.11 akan berlalu begitu sahaja…!!!

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...