MB Terengganu Kantoi? Mat Said gagal Tapisan SPRM?

| | 2 comments

SPRM mencadangkan antara senarai nama yang tidak layak dicalonkan dalam PRU 13 kerana tidak lulus dalam saringan dan tapisan SPRM yang bermasalah dengan undang-undang antaranya adalah seorang Menteri Besar, Seorang Ketua Menteri dan dua pemimpin utama parti yang bertaraf Menteri.

Persoalan kenapa SPRM tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka... kita semua tahu bahawa kekebalan mereka semasa mereka ditampuk kekuasaan. Apabila tiada kuasa maka jadilah macam Khir Toyo. Walaupun fail sudah ada atas meja tetapi demi maruah dan kuasa politik yang ada dan tidak mahu menjejaskan parti pemerintah maka fail itu dibekukan.

Tetapi kita sedia maklum bahawa dalam politik umno-BN ini sendiri sudah masyhur tentang politik dalaman mereka. Perbalahan dan perebutan kepimpinan dan kuasa sudah merupakan lumrah bahkan ianya tidak terubat lagi. Masing-masing sebenarnya tidak bersih dan ada salah laku masing-masing tetapi dahan manakah mereka berpaut?  Sekarang ini dahan Najib maupun Mahathir mungkin akan naik tinggi.

Apatah lagi tarikh PRU semakin hampir. Bukan hanya ribut untuk merebut kuasa diperingat Majlis Tertinggi, Pemuda maupun Wanita, Negeri dan Ketua Bahagian bahkan kini siapakah bakal menjadi pilihan sebagai winnable candidate? Semua atas tangan Najib. Mana-mana yang tak sebulu... sekaranglah masanya untuk dicantas awal-awal. Mana-mana yang nak lekat... besar manakah cable yg sampai ke Najib akan diambil kira. Mereka terpaksa ikut membuntut punggung Najib & Rosmah sehingga ke Gaza & Palestine. Ibrahim Ali bukan sekadar menyalak saje bahkan mencium tangan Rosmah dalam satu majlis rasmi demi kerusi Pasir Mas!!! Boleh tak boleh itu belum tentu lagi.

Bagi Terengganu.. sejak Mat Said menunjukkan gedebe beliau merampas kuasa dari Derih Jusoh ianya amat menconteng arang ke muka Umno-BN. Umno Pusat terpaksa gigit jari dan terpaksa mengalah dengan kerenah Ahmad Said. Kejayaan Mat Said bersembunyi dan mengangkat sumpah menyebabkan BPR yang mencari beliau tidak boleh berbuat apa-apa. Meskipun fail rasuah dan penyelewengan sudah siap. Tetapi sebagai MB mereka terpaksa menahan diri dari mengambil tindakan.

Hari ini kuasa sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri dan kewangan yang dipegang oleh Mat Said sendiri menyebabkan seolah-olah Umno Pusat tidak boleh buat apa-apa. Bahkan boleh digertak dan diugut oleh Mat Said supaya mengekalkan beliau sebagai calon Kijal diperingkat Dun. Cubaan untuk mengalihkan beliau sebagai calon Parlimen nampaknya gagal. Bahkan jika kekal calon Mat said nescaya semua senarai calon-calon yang bersekongkol dengan beliau khususnya golongan lama dan veteran akan mendapat tempat. Tetapi jika sekiranya gugur nama Mat said daripada menjadi calon maka berguguranlah team Mat said dan tentera Idris Jusoh bakal membarisi calon-calon di Terengganu.

Penulis sendiri mendapat maklumat dari dalaman dan kepimpinan Umno sendiri bahawa cara yang terakhir yang akan dilakukan untuk menyekat Mat Said ini adalah dengan menimbulkan isu rasuah yang membabitkan beliau yang terbukti SPRM ada kes untuk menghalang beliau dicalonkan. Penulis sendiri tidak yakin dengan maklumat tersebut tetapi apabila hari ini pecah berita bahawa ada MB yang tidak lulus saringan SPRM... maka berita ini ada kebenarannya. Tersenyumlah Team derih nampaknya untuk membalas dendam terhadap Mat Said yang merupakan perancang strategi Umno Pusat. Sekarang kita bakal melihat bagaimana pula langkah tari dan silat Mat said pula.

Isu SPRM yang membelenggu Mat Said antaranya pernah diselongakr TV3 sendiri dikemuncak kemelut MB Terengganu pada 22 Mac 2008 dengan isu Projek Roler Coaster di kemaman pada tahun 1995, Projek pembinaan Dewan seri amar di kemaman pada tahun 2007, Projek mercu tanda Kemaman 2005 dan Projek menambun tanah Kijal. Itu belum cerita selepas belia memerintah yang banyak terdedah ketirisan dan kebocoran.

Kita tahu dalam Umno ni rasuah ibarat Kentut & Tahi aje dengan Umno. Tetapi inilah masanya. Inilah caranya untuk mencantas karier politik Mat Said. Apapun bagi penulis... takkan nak biar saje. Menda dalam tangan takkan nak serah saje. Kan Mat Said ni gedebe Umno-BN. Rasenya tak semudah itu untuk pereboh Mat Said. Kalau ada nasib sekali lagi jadi MB. Kalau tak pun boleh rase Ketua Pembangkang tapi tersalah buat... calon pun dok lekat.

untuk Ketua Menteri Sabah tu... Musa tu macam dah tak aman lagi dah...

 

 

Penulis sendir

Read More !

Ayah Mahathir Pendatang Asing... Terimakasih Tunku!

| | 1 comments

Hari ini Umno-BN sentiasa mengungkitkan asal-usul pengundi cina dan India. Ini kerana dua kaum itu nampaknya tidak lagi cenderung untuk mengundi BN dalam PRU 13 nanti. Secara tidak langsung diharapkan majoriti melayu bersatu menyokong Umno. Tetapi pekung dan nanah kerja keji sepanjang lebih separuh abad Umno-BN di Negara ini sudah tidak mampu ditutup maupun dibendung lagi. Demi mengekalkan kuasa, Umno sanggup khianat kepada Negaranya sendiri.

Setelah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat pemberian IC dan kewarganegaraan di Sabah telah membocorkan pengkhianatan ini. Pengakuan Pengarah JPN Negeri Sabah yang mengeluarkan resit dan akhirnya layak mengundi untuk mengekalkan kuasa Umno-BN. Penglibatan pegawai JPN yang bekerja dirumah Menteri Dalam Negeri ketika itu iaitu Megat Junid dan juga Aziz Syamsudin. Hari ini barulah Dr Mahathir mengaku melakukan kerja-kerja khianat itu. Selama ini sentiasa dinafikan. Sepatutnya ketiga penyamun Tarbus ini dihukum mati kerana mengkhianati Negara. Pegawai dan individu yang terlibat pernah menjalani hukuman ISA tetapi pemimpin yang mengarahkan bebas berkeliaran.

Nampaknya Mahathir sudah terkena doa bekas Presiden Pas yang mendoakan supaya Mahathir panjang umurnya untuk melihat kejatuhan Umno-BN. Inilah antara babak-babak terpecahnya kejahatan hasil tangan pemimpin Umno-BN. Nampaknya tipu-daya mereka kini makin membelit diri mereka sendiri. Untuk melepaskan dirinya beliau membangkitkan bahawa Tunku Abdul Rahman selaku bekas PM pertama dan bekas Presiden Umno juga memberikan 1 juta kewarganegaraan selepas merdeka termasuklah kepada Cina & India. Nampaknya Dasar Jus Soli yang menjadi syarat kemerdekaan British telah makan tuan. Tunku menerima syarat kemerdekaan iaitu menerima perlembagaan Lord Reid & Dasar Jus Soli. Inilah dahulunya ditentang kemerdekaan British yang terikat dengan syarat oleh pengasas Pas termasuk Dr Burhanuddin al-Helmi maupun beberapa pemimpin kiri lain. Umno & pemimpinnya ketika itu bersungguh-sungguh untuk menerima kemerdekaan dan menerima syarat Jus Soli yang kini dikutuk oleh Mahathir sendiri. Dendam beliau terhadap Tunku masih membara semacamana dendam beliau terhadap Abdullah Badawi. Tetapi bak meludah kelangit.. terpercik ke muka sendiri.

Kalau kewarganegaraan itu tidak diberi, mungkin hari ini Mahathir berada ditanah air bapanya iaitu di Kerala. Ingat melayu aje mudah lupa tetapi mamak pun buat lupa juga. Ayah Mahathir adalah pendatang dari Kerala, Selatan India etnik Malayalam. Iskandar Kutty berhijrah ke Tanah Melayu dan memeluk Islam serta berkahwin dengan orang melayu dan menukar namanya kepada Mohamed.

Apapun itu sudah menjadi sejarah. Hari ini masyarakat Malaysia dengan latar belakang berbilang kaum hidup untuk memajukan Negara ini. Tetapi amat malang apabila individu pemimpin demi kuasa dan pangkat serta kedudukan sanggup mengkhianati Negara dengan senang-senang memberi status kewarganegaraan.

Pemberian warganegara untuk kepentingan politik ini bukan hanya berlaku di Sabah bahkan di Terengganu dan juga Pahang sendiri. Bekas OCPD Slim River iaitu Tuan Haji Abdullah Omar yang mengaku terlibat mengurus kemasukan pendatang asing Burma yang diberi kewarganegaraan untuk mengundi di Seri Bandi Dun Kijal iaitu Dun Menteri Besar Terengganu sekarang. Kemenangan beliau adalah kerana undi orang Burma melebihi 3 ribu pengundi Burma. Begitu juga Najib Tun Razak di Pekan. Setelah menang tipis dan tipu daya akhirnya beribu pengundi Burma di bawa masuk ke Pekan untuk menjamin kemenangan parlimen PM. Hah! Yang ini bila nak buat RCI nya? Takkan untuk Sabah aje. Itu tak ambik kira sekarang ini pendaftaran pekerja asing untuk diberi IC biru bagi mengundi dalam PRU nanti melibatkan warga Indonesia, Bangla maupun Burma. Tentunya Hisyamuddin selaku Menteri Dalam Negeri sekarang mengetahuinya siapa pengkhianat mengikut undang-undang ini.

Sepatutnya mereka yang terlibat mengkhianati Negara ini dihukum mati sahaja. Tetapi kalau Umno-BN terus diberi kuasa nescaya para pengkhianat ini akan dikalung bunga sebagai hero Negara. Apapun keputusan itu berada ditangan Anda. Tepuk dada.. Ubahlah selera!

Read More !

Amanat & Kalimah Allah. Siapa yg Kafir & Murtad?

| | 3 comments

Dua isu yang akan digunakan oleh Umno-BN menghadapi PRU 13 yang makin sulit lagi mencengkam. Demi survival politik Umno mereka berada dipenjuru dengan membangkitkan isu perkauman melayu dan isu agama. Mereka tidak peduli walau Negara ini hancur sekalipun. By Hook or by Crook mereka nak pastikan bahawa Umno tetap memerintah.

Dengan peratus sokongan pengundi cina yang semakin menurun, Umno terpaksa berusaha meraih sebanyak mungkin undi melayu. Sentimen bangsa dan agama akan dikompangkan sepanjang tempoh pilihanraya kali ini. Media akan digunakan sehuduh mungkin. Persoalan maruah sudah tidak diambil kira bicara.

Isu “Amanat Haji Hadi” dihidupkan semula. Ucapan Presiden Pas pada tahun 1981 diperasap kemiangkan. Ceramah umum di Kampung Banggol Peradong di Dun Teluk Pasu dicetak dan diangkat sebagai amanat. Ditimbulkan seolah isu takfir. Isu Kafir mengkafir. Nak digambarkan seolah pemimpin Pas kata kepada Umno kafir. Orang yang kuat menyebut isu takfir ini semua berada dalam Umno yang sebahagiannya telah dipecat oleh Pas sendiri. Individu seperti Ismail Jerat Ismail Mina, Mat Nor Deris. Mereka menjadikan media sebagai medan menjatuhkan hukuman.

1983 pihak Kerajaan hendak mengadakan Debat perdana antara Umno vs Pas. Tajuk yang dicadangkan oleh pihak kerajaan “ Pas kata Umno Kafir”. Mereka menyangka Pas pasti menolak tetapi malangnya Pas bersetuju. Penulis sendiri yang ketika itu pelajar di KUSZA bertemu dengan pensyarah Ustaz Ambak di perpustakaan yang ketika itu sibuk menyiapkan bahan bagi menyediakan dalil dan hujah untuk Datuk Wan Mokhtar selaku wakil Umno-BN. Apabila ditanya bahawa tiada hujjah yang kuat disebalik Umno untuk mempertahankannya. Memang benar… selepas itu debat dibatalkan. Satu debat olok-olok diadakan yang dipengerusikan oleh Datuk Ismail pengerusi fatwa kebangsaan dan disaksikan oleh Dr Mahathir sendiri… itupun Umno gagal mempertahankan hujjahnya.

Nampaknya Rais Yatim mencari penyakit apabila menghidupkan isu itu kembali. Apabila dicabar oleh Presiden Pas untuk diberi 1 jam menggunakan TV3 mahupun RTM bagi membuat penjelasan. Menjadi haru biru buat Umno-BN melepaskan diri dari isu tersebut. Menyebabkan Umno diam membisu hingga kini. Apatah lagi timbul pula Amanat Sesat Mahathir, Najib & pemimpin Umno-BN yang menghina hukum Islam.

Timbul pula isu Kalimah Allah sehingga Noh Gadut memfatwakan murtad orang yang membenarkan Bible diguna dalam Bahasa melayu. Isu agama ini nak dipanaskan semula. Tidak serik mereka apabila timbul kes pembakaran gereja beberapa tahun lalu. Provokasi dikalangan pemuda Umno sendiri. Timbulnya seruan oleh Ibrahim Ali untuk membakar bible dan sebagainya. Propaganda ini sebagai cubaan untuk membangkitkan kemarahan orang Islam dan untuk memperlagakan dengan orang yang beragama Kristian. Tetapi siapa sebenarynya punca angkara. Ianya bukannya antara PAS,DAP maupun PKR. Ia bukannya pertentangan antara PR. Tetapi pertembungan sekarang antara Menteri Dalam Negeri & Gereja. Putrajaya & Majlis Agama. Pejabat perdana menteri dengan Kristian. Umno-BN & undang-undang Islam.

Ini apabila surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri melepaskan penahanan Bible Melayu yang ditahan oleh Imigresen untuk edaran sabah & Sarawak.

Ditambah pula dengan kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz selaku Menteri undang-undang di Jabatan POerdana menteri yang secara jelas melakukan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak perundangan yang diluluskan oleh kerajaan Umno-BN sendiri. Ditambah dengan kenyatan terbaru oleh Mufti Selangor sendiri. Apa nak jadi? Sekarang apa pandangan Umno sendiri?

Umno terkepit. Umno tersepit. Amanat.. kalau tak lepas jawab macam mengiyakan Amanat Presiden dan Kalimah Allah itu kalau ikutkan Nooh Gadut. Siapa yang akan murtad?. Kalimah Allah sudah menjadi jerat kepada Umno. Berkata Tidak! Gereja & Kristian Marah… mungkin terlepas Sabah & Sarawak. Berkata Ya!. Melayu dan orang Islam akan menolak Umno-BN.

 

Read More !

Konpem! Najib & Hisyamuddinlah Pengganas

| | 3 comments

Hosni Mubarak dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Jenayah Kaherah penjara seumur hidup kerana ketika beliau berkuasa, beliau telah mengarahkan pihak keselamatan melakukan tindakan terhadap para demontrasi semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat di Mesir sehingga membawa kepada kematian melebihi 850 orang rakyat Mesir.

Bagaimana dengan Malaysia?. Bersih 1.0 hingga Bersih 3.0 maupun beberapa siri demontrasi termasuk Demo PPSMI, Demo ISA menyaksikan bagaimana para peserta demo yang datang berarak secara aman akhirnya ditimpa pelbagai kecelakaan dan dituduh serta difitnah dengan pelbagai nistaan. Sepak terajang, dipukul, disembur air asid, dimaki, dilokap, ditangkap didakwa dan pelbagai ancaman dilakukan samada sebelum sehinggalah selepas demontrasi. Seolah kita berada dibawah pemerintahan kerajaan Komunis yang keras dan zalim. Yang memberi arahan kepada pihak Fru & PDRM tidak diambil apa-apa tindakan. Yang jadi mangsa adalah rakyat yang memilih pemimpin tersebut yang ingin bersuara untuk menuntut hak mereka.

Sebagai pihak yang berkuasa, pihak Kerajaan mengerahkan media, kakitangan kerajaan maupun orang awam untuk mengugut supaya menghalang berlakunya bantahan rakyat itu. Tidak ketinggalan juga para ulama kerajaan dan ustaz Umno yang turut mengeluarkan fatwa Haram sebagai pencacai & penjilat kerajaan.

Berbeza dengan HKR #KL 112 di Stadium Merdeka kali ini. Kebenaran terserlah. Dengan kehadiran setengah juta… kalau para peserta nak mengamuk nescaya tak cukup Kuala Lumpur tu dikerjakan. Tetapi itu bukannya matlamat perhimpunan. Mereka nak jatuhkan Umno-BN bukannya melalui jalanraya tetapi melalui kotak undi dalam Pru nanti. Himpunan yang aman tanpa ada kecederaan. Tanpa provokasi polis dan Fru terbukti pihak penganjur berjaya menguruskannya dengan baik sehingga selesai. Para peniaga pun untung berganda bahkan sepanjang jalan ke stadium penuh para peniaga mengambil kesempatan berniaga.

Para ulama dan mufti pun nampaknya tak keluarkan fatwa lagi!!!

Apapun ketidak telusn akhbar dan media kerajaan amat memalukan. Akhbar Sinar & akhbar cina lebih telus dan adil dengan mempamerkan gambar HKR dimuka hadapan. Munasabahlah rakyat beralih ke media baru yang lebih telus, cepat dan percuma.


Kejayaan Himpunan di Stadium Merdeka itu yang merupakan satu sejarah baru dan mengulangi gerakan merdeka rakyat tahun1957. Himpunan ini juga menambahkan keyakinan rakyat untuk PR ke Putrajaya dan buat pertama kalinya BN bakal tumbang diarena politik Negara. Fuh!!! Tak jenera tido puok2 nih.
Jumpa pula di PGU 7.0 di Kuala Nerus pada 15 Feb nanti!!!

Read More !

BERTAM PM 307: NAJIB VS MAT SAID? Dimana MB TRG?

| | 1 comments

Pertamanya,... Maaf kerana lama tak memblog. Apapun Selamat Kembali. Artikel ini menyorot isu medan minyak yang baru ditemui di Bertam 307 yang diumumkan oleh PM Najib yg akan membayar Royalti kepada Negeri Pahang dijangka sebanyak RM100j. Apabila dalam sidang Dun ditanya persoalan ini, MB Terengganu Datuk Ahmad Said mengaku bahawa Bertam 307 adalah milik Terengganu dan diakui secara bertulis oleh Lunden Oil iaitu syarikat carigali minyak dari Sweden.
 
Selepas itu isu ini cuba disenyapkan. Kita tahu kerana kita diberitahu arahan PM sendiri supaya isu itu tidak dibangkitkan lagi. Komen Sultan Pahang sendiri seolah-olah agar MB Terengganu perlu tutup mulut kerana PM sudah mengumumkannya. Terimalah bahawa ia merupakan milik Pahang.
 
Kita sendiri sedia maklum bahawa nyawa politik Mat Said adalah dihujung tanduk. Banyak pihak yang ingin menyingkirkan beliau dari persada politik Terengganu semenjak Mat Said merampas kuasa dari tampuk kerusi MB yang diduduki oleh Idris Jusoh. Sehingga kini kerusi empuk MB itu sentiasa panas. Kalau nama Mat Said tidak disenaraikan sebagai calon... maka setakat itu sahajalah karier politik Mat Said. Mau tak mau... kerana batu sudah terkepit. Terkulat-kulatlah Mat Said. Jadi, jangan diharapkan beliau akan mempertahankan hak rakyat & kedaulatan Terengganu. Beliau pastinya teramat naïf untuk menjadi pejuang rakyat. Beliau kini hanya berusaha sebagai pejuang demi tembolok peribadinya sahaja.
 
Dalam Buku Biografi TS wan Mokhtar, bekas MB Terengganu telah mencatatkan bahawa usaha carigali minyak di Terengganu telah bermula pada tahun 1974 lagi dan apabila pada tahun 1977 atas nasihat pihak-pihak tertentu di dimaklumkan oleh penasihat PM ketika itu, bahawa pihak PETRONAS ingin mengadakan projek pengkalan hadapan untuk pendaratan minyak Terengganu itu di Kuantan.. Satu usul tergempar diadakan pada sidang  DUN 28Januari 1978jam 2.10 pagi. bahkan ada adun yang bakal meletak jawatan beramai-ramai jika pihak pusat bakal menaikkan minyak ke Kuantan dan tidak di negeri Terengganu. Hasil pertemuan pada 29 Jan 1978 Wan Mokhtar dengan PM Hussein Onn ketika itu akhirnya minyak didaratkan di Terengganu.
 
Nampaknya sejarah ini berulang tetapi malangnya betapa naifnya politik Mat Said dalam menghadapi Najib Tun Razak. Sudah hilangnya kewibawaan dan Benarnya seorang PM. Hilangnya semangat federalisme Malaysia sehingga penapian hak sebuah negeri dan kedaulatannya hanya ditentukan oleh lidah seorang Perdana Menteri.

 
 
Menyedari hakikat inilah, maka rakyat Terengganu diseru agar terus mempertahankan hak Terengganu. Sudahlah royalty kini dinafikan. Peruntukan dirobek demi perut pemimpin Umno. Hak 5% dicairkan untuk kepentingan Kerajaan Pusat dan negeri-negeri lain. Kini Hak dan Kedaulatan Terengganu terus diperkotak katikkan. Hakikatnya... Apalah lagi hendak diharapkan kepada kepimpinan Umno-BN Terengganu. Pengkhianat Amanah Rakyat.

Hari ini satu memorandum diserahkan kepada pihak Presiden PETRONAS agar memberi penjelasan terkini tentang status sebenar Bertam PM 307.

Penyerahan memeorandum diterima oleh Senior GM Datuk Medan Abdullah mewakili Presdien PETRONAS. Turut sama Pengerusi R Terengganu & Kelantan

                             Program bermula selepas Jumaat di Masjid as-Syakirin                             
                                                                    
Ucapan Pimpinan & wakil Ngo's

Perarakan bermula


Turut hadir Raja Bahrin & Tengku Paduka Raja

Turut memberi sokongan dari kalangan mahasiswa & Perantau Terengganu



Kita menunggu jawapan seterusnya dan rakyat akan dimobilisasikan demi mempertahankan Hak negeri Terengganu.
 

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...